Selasa, 2 Mac 2010

perrgghhhhh cunnya akak ni..

tarikh : 28/2/2010
lokasi : oldtown white coffee s/alam
jam : 6.47 pm


Petang semalam aku rasa amat bertuah sekali sebab berpeluang bertemu dengan ibu kepada penulis blog tersohor tanahair yang mana blog beliau telah tersenarai di antara 50 top blog di Malaysia oleh Majalah InTrend bulan ni. Sape lagi, kalau bukan Hanis Zalikha empunya blog http://inibelogsaya.blogspot.com

"Kalo mike nampak akak jangan lupe tegur ye sebab akak tak kenai sangat mike" bunyi sms ibunya. "Laa.. takkan akak tak cam muke teman, kan ke ada kat dalam blog teman tu" reply aku. "Mana nak cam.. muke mike kan ke nyenget.. karang silap orang kang.. akak jugak yang malu" balas akak ni lagi. "Okla kak, nanti teman cube dok menyenget supaya senang akak nak cam teman nanti" balas aku plak.


Seawal jam 6 aku dah tercangak kat dalam kopitiam tu, bertemankan bespren aku E-sham, kitorang start planning apa tajuk yang patut kitorang 'interview' akak ni. Oh ye... tujuan aku jumpe akak ni sebenarnya tak lain tak bukan ialah untuk berguru dengan yang expert. Almaklumlah, nak berguru dengan Hanis, ibarat bulan jatuh ke riba la aku kena dok menunggu.


Jam 6.47 pm, aku perasan ada kelibat pompuan kat balik cermin pintu yang aku rasa aku kenal. Aku pun apa lagi, menyenget sesenget2nya le nak bagi dia perasan kewujudan aku dan bila aku nengok dia senyum... "perrrrggggggghhhhhhhhhhh baru le aku tau nape Hanis Zalikha ni cun banget. Rupa2nya dia ni mewarisi keanggunan ibunya" bisik aku dalam hati.


Memula tu, malu2 kucing gak aku tapi lama kelamaan tetiba je terasa manisnya mulut aku berkata2. Mungkin gak sebab oren 'Twister' yg aku minum kot. Dari satu topik ke satu topik aku dok interview beliau. Citer keluarga, blog, hobi malah tentang Hanis menjadi bualan. Tetiba terpacul pertanyaan maut dari mulut Kak Nani... "abang ensem ni ape kerojenye?" .. "Keroje biase2 je kak" jawab aku dengan selambanya. "Ye la.. keroje biase tu keroje ape?... Alamak, soalan yang camni la yang aku dok selalu elak kalau orang tanya tapi dengan akak sorang ni, nampak gayanya terpaksa la aku berterus terang.. "Keroje bank je kak" jawab aku dengan jujur. "Patut pun mike boleh beli banyak umah dan senang dapat loan...". Aku dengan muke seposen cuma mampu menjawab "Itu sume mitos je kak. Tak semestinya bank bagi loan sebab teman keje bank dan bukan semua orang keje bank ada banyak umah"...


Memandangkan aku tak sempat 'elaborate' dengan lebih panjang semalam, aku rasa statement Kak Nani ni tak begitu tepat sebab kalau kita tengok 'property investor' kita yang terkenal seperti Azizi Ali, bukanlah seorang pekerja bank sebaliknya cuma seorang pilot je. Begitu juga Arnold Schwazenegger, seorang pelakon yang membina kekayaannya daripada hasil pelaburan hartanah. Even aku sendiri pun sebenarnya diajar oleh seorang student UM di awal penglibatan aku dulu. Apa yang penting, keinginan untuk mencuba dan berjaya di dalam bidang ini. Tentang pekerja bank senang nak dapat loan pun aku rasa macam tak begitu tepat gak sebabnya banyak kengkawan opis aku yang loan diorang selalu kena reject sedangkan gaji diorang berkali ganda besonyer dari gaji aku. Di sini apa yang penting adalah cara kita untuk meyakinkan pihak bank tentang kemampuan untuk membayar balik pinjaman kita tu dan untuk itu, aku mempunyai teori aku sendiri di dalam memastikan loan aku takkan di'reject' oleh pihak bank. Teori ni aku namakan teori 'KEREK' dan kalau korang nak tau apa mendenya 'KEREK' ni.. korang kena tunggu le entry aku yang akan datang.


Buat Kak Nani, tenkiu saya ucapkan sebab sudi meluangkan masa untuk diinterview oleh saya walaupun saya tau yang Kak Nani agak kuciwa sebab tuan punya gelaran 'abangensem' ni sebenarnya tak la ensem mana pun... hahaha

6 ulasan:

  1. la nape tak ajak aku?

    BalasPadam
  2. dalam gambar tu emaknye ke anak nye? Konfius =)

    BalasPadam
  3. Nanti-nanti sharing larh interview kamu tu yep ?
    Hehe :D

    BalasPadam
  4. waahhh jumpa blogger terkenal :)

    BalasPadam
  5. Aini : anak dan emak.. saya pun konpius gak sbb dua2 cantik

    BalasPadam
  6. Macam ku kenal saja itu nama, tp dimana ya??

    BalasPadam