Rabu, 10 Mac 2010

Seperti yang ku jangka

Dalam entry aku yang lepas ada aku ceritakan tentang kemungkinan yang Base Lending Rate (BLR) atau kalau ikut bahasa ibunda kita dipanggil Kadar Pinjaman Asas yang akan naik ekoran daripada kenaikan Overnight Policy Rate (OPR) yang telah diceritakan di dalam entry yang lalu.

Hari ini, 3 buah bank yang terbesar di Malaysia iaitu Maybank, CIMB & Public Bank telah pun menaikkan BLR mereka dari 5.55% kepada 5.80% dan ini bermakna kadar 'interest' bagi pinjaman yang berpaksikan kepada kadar BLR ini juga akan turut meningkat. Ini mengakibatkan pertambahan di dalam amaun 'instalment' bulanan yang kita akan bayar kepada pihak bank. Di bawah ini dilampirkan contoh kenaikan 'instalment' bulanan yang disebabkan oleh peningkatan kadar BLR :

Pakej Sebelum Kenaikan BLR :

Jumlah Pinjaman : RM100K
Tempoh Pinjaman : 30 tahun
'Interest' : BLR-1.80% = 3.75% (BLR sblm kenaikan : 5.55%)
Instalment : 100 X 4.6312* = RM463.00

Pakej Selepas Kenaikan BLR :

Jumlah Pinjaman : RM100K
Tempoh Pinjaman : 30 tahun
'Interest' : BLR-1.80% = 4.00% (BLR selepas kenaikan : 5.80%)
Instalment : 100 X 4.7742* = RM477.00

* Faktor tetap yang bergantung kepada tempoh dan 'interest' pinjaman tersebut.

Nota kaki : Best tak kalau aku gunakan bahasa formal untuk tulisan di dalam entry aku yang akan datang? Baru nampak 'educated' sikit : )

2 ulasan:

  1. Hi! Tq very much for dropping on my site! He! He! With the increase in rate hopefully property price will drop.

    BalasPadam
  2. nak tanye sket.
    yg instalment tu, 100 tu datang dari mana?

    BalasPadam