Rabu, 1 September 2010

Sape Nak Duit Raya??

Bersempena dengan kedatangan Syawal kali ini, aku ingat macam nak bagi duit raya la kat pembaca-pembaca blog aku ni. Amaunnya takde la banyak mana, takat cukup je kalau nak beli sehelai baju raya. Caranya mudah je, korang kena buat satu entri kat dalam blog korang berkaitan blog aku (bagi yang takde blog, cepat-cepat le korang belajar buat blog) dan tajuk entri korang tu hendaklah berbunyi "abang ensem punya blog macam hampeh" dan korang hendaklah mengkritik atau mengutuk segala kekurangan yang ada dalam blog aku ni. Korang boleh kutuk atau kritik kekurangan blog aku secara freeflow, tak kira la dari segi content ke, layout ke malah ebook aku sekalipun kalau korang nak kritik atau kutuk dipersilakan. Segala dosa korang tu aku maafkan in advance tapi korang kena make sure yang korang kutuk benda yang betul. Jangan la pulak korang guna ayat macam ni bila mengutuk aku "Dah la muka hodoh macam Brad Pitt, ada hati nak guna nickname abang ensem". Tak sesuai langsung statement cenggitu, masa bila pulak muka aku yang macam Andy Lau ni, korang boleh samakan dengan Brad Pitt dan bila masa pulak Brad Pitt tu hodoh? Tak kena la beb. Ok, lepas je korang buat entri tu nanti, tolong letakkan link entri korang tu kat ruangan komen kat blog aku. Satu lagi, pastikan korang linkkan entri korang tu ke blog aku supaya dapat aku bagi markah nanti.

Buat pengetahuan korang, contest ni dibuka mulai hari ini (1/9/10) sehingga 14/9/10 dan entri terbaik pada pandangan 'panel juri' akan dihadiahkan dengan duit raya berjumlah RM55-00 yang akan dikreditkan terus ke akaun korang. 'Panel Juri' yang akan menilai entri korang nanti terdiri daripada Brader Mil (Deputy GM sebuah Syarikat Berhad), Man Kuala (orang kaya baru Shah Alam) dan aku sendiri.

P/S : Buat pembeli ebook aku, akan ada satu lagi contest yang akan menawarkan duit raya yang lebih besar jumlahnya. Oleh itu, nantikan pengumumannya dalam jangkamasa terdekat dan buat mereka yang ingin memasuki contest ini.. jangan lupa dapatkan ebook aku sebelum pengumuman itu dibuat.

9 ulasan:

  1. Menarik ni .. apapun terima kasih pada ariffshah yang perkenalkan blog abang ensem kepada saya. Kejap lagi saya p kutuk abang ensem yer .. hehehehe ... ishh ... kutuk? tak baik tu .. bulan puasa cam ni ... sdap la abng ensem dapat pahala free!

    BalasPadam
  2. abang ensem leh tgk entri kat hasrulhassan.blogspot.com ...

    BalasPadam
  3. macam hampehh betul aku tak tau buat blog plak.... dah ter-miss RM55.00 nie..... abangensem tolong rekomen kat sifu mana aku patut p menuntut cara buat blog .... dan biasa nyer brapa pengeras belajar buat blog nie....?
    :-aLCapone-

    BalasPadam
  4. wah...masyuk banyak la tu...

    BalasPadam
  5. Entry berkaitan ...

    http://hasrulhassan.blogspot.com/2010/09/abang-ensem-punya-blog-macam-hampeh.html

    BalasPadam
  6. ehhemm ensem. hang dah buat contest lagi awai drpada aku ni. tak aci laa.

    hadiah saguhati xde ker.

    i'm suckss at winning contest sbb tu aku harap ada hadia sagoo hati

    BalasPadam
  7. Berikut adalah comment saya AE..

    http://mfirdaushassan-property.blogspot.com/2010/09/abang-ensem-punya-blog-macam-hampeh.html

    BalasPadam
  8. saya nak join gak..hhihihihi

    http://nosembilanbelas.blogspot.com/2010/09/abang-ensem-punya-blog-macam-hampeh.html

    BalasPadam
  9. join jugak...!!!! haha.

    http://bukananaktokey.blogspot.com/2010/09/abang-ensem-punya-blog-macam-hampeh.html

    BalasPadam