Rabu, 31 Mac 2010

Banyak duit pun susah..(part1)

"Bro, lu free tak malam ni. Gua ada benda nak sembang ngan lu la" bunyi suara Brader X dalam henpon aku petang semalam.
"Yup, aku free. Ko tunggu la kat tempat biasa" aku menjawab pendek.

*************************************************************

Tepat seperti yang dijanjikan, aku tengok Brader X dah terpacul kat port biasa kitorang mengeteh.

"Ape cite bro? Kelam-kabut je aku dengar suara ko petang tadi" aku memulakan perbualan.
"Aku dapat 'durian runtuh' la bro.. RM50 ribu. Mak aku bagi. Dia suruh pandai-pandai le aku nak guna untuk apa sebab lepas ni dia kata.. dia dah takde duit nak bagi aku lagi" Brader X menjawab.
"Banyak duit mak ko ye.. So, ape ko nak buat dengan duit tu?" tanya aku lagi.
"Tu yang aku tengah pening ni. Banyak duit pun susah, takde duit lagi susah tapi aku ingat nak buat cam ko le. Beli umah banyak2, lepas tu bagi sewa." citer Brader X lagi.
"Laa.. Aku ingat ko ada problem besar sangat la tadi. Takat pening sebab duit.. bukannya problem besar tapi rejeki namanye. Kalo ko nak buat cam aku pun, tak semestinya ko kena ada duit sebab umah-umah yang aku beli tu pun sebenarnya tak payah pakai duit. Kadang-kadang tu, ko boleh dapat duit lagi" sambung aku..
"Ko biar betul bro, mana ada orang beli umah tak pakai duit?" Brader X bertanya dengan muka Mr Beannya..
"Betul.. takkan aku nak kencing ko plak" ..
"Kalo camtu ko kena la ajar aku camne caranye.."
"Boleh.. takde hal punye tapi ko kena sediakan le pengerasnya... hahaha. Tapi pape pun, 1st step ko lepas ni ialah ko kena pegi ke mana-mana bank yang ko rasa senang nak berurusan dan ko guna duit RM50K tu untuk buat Fixed Deposit (FD) dan lepas tu ko bagitau kat customer service bank tu yang ko nak 'pledge' FD tu untuk apply OD (overdraft)" arah aku kat Brader X..
"FD & OD tu apa dan kenapa pulak aku nak kena buat semua tu?" soal Brader X..

Kalau korang nak tau jawapannya.. korang kena la tunggu sambungannya di post yang akan datang *dengan nada suspen*..hahaha

3 ulasan:

  1. instead of FD kenapa tak cadangkan ASB? ASb boleh buat OD gak. betul?

    FD interest sikit sangat ah~

    BalasPadam
  2. ada sbb knapa saya x syorkan my fren pledge ASB dia.. tunggu bab seterusnya

    BalasPadam
  3. Salam..
    aku nak teka.. sebab dia bukan bumi.. tak boleh buka akaun asb. But still.. kalau dia bukan bumi, dengan kadar FD vs interest OD, Agak jauh bezanya. 2-3 tahun dahulu FD rate boleh dapat 3-4% pa , tapi sekarang makin jatuh.. berbanding OD yang ikut BLR, dan ada juga bank yang bagi kadar BLR++. Well.. aku dah lama tak check kadar OD untuk pledge againts FD, dan kadar FD juga. Sebab aku ada option ODASB. Option lain selain ODASB adalah ODASW. Aaahh.. lain orang.. lain caranya.. tapi arah tuju tetap sama kan? Itu yang penting..

    BalasPadam