Selasa, 23 Mac 2010

Peti Ais + Dapur = ?

Masa aku mula-mula berkecimpung dalam pelaburan rumah sewa, takde la aku tau rupa-rupanya ada dua tiga benda yang boleh menjadi 'value added' untuk aku naikkan sewa rumah aku tu. Maklum la masa aku menyewa time bujang dulu pun, landlord aku cuma bagi bilik dengan bilik air je, itu pun bilik air yang takde pintu, hanya bersendalkan papan plywood semata-mata. Rupa-rupanya ada gak benda-benda asas yang kalau aku sediakan boleh menaikkan kadar sewa dalam lingkungan RM100-150. Itupun selepas satu grup bebudak UiTM yang meng'offer'kan sewa lebih kalau aku dapat sediakan dapur + peti ais dan selepas aku berkira-kira, barulah aku setuju untuk memasukkan 2 benda ni ke dalam rumah sewa aku dan alhamdulillah, sehingga kini walaupun aku letakkan sewa yang tinggi, penyewa aku tak pernah mengomel sebab diorang tau tentang kepentingan benda-benda ni especially kalau penyewa tu pompuan. So, bagi siapa-siapa yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia sewa rumah ni, fikir-fikirkanlah tentang benda-benda yang boleh menaikkan kadar sewa korang tetapi pastikan yang semua pelaburan korang tu berbaloi sebelum membeli barang-barang tersebut.

TIPs : Pastikan penyewa korang tak tinggalkan daging housemate diorang yang dah dikerat 14 sebelum diorang keluar dari rumah sewa korang, bukan apa takut peristiwa yang berlaku kat KL beberapa tahun dulu tu berulang.

2 ulasan: