Rabu, 30 Jun 2010

Aku yang berhati kering..

Aku sebenarnya kalau boleh tak nak la sangat bercerita bab-bab kenangan pahit sepanjang 12 tahun dok bagi sewa umah kat orang tapi bila ngenangkan yang benda ni satu realiti yang semua landlord macam aku akan hadapi, maka aku terpaksa gak la story kat korang supaya korang akan ingat tak semua benda yang 'manis' dalam property investment ni. Pengalaman pahit yang aku alami ni berlaku kira-kira 6 tahun dulu dan sampai sekarang aku tak boleh nak lupakan apa yang berlaku pada hari tu. Oh ya, sebelum aku sambung citer aku ni, 'make sure' korang dah standby tisu atau saputangan ke kat sebelah korang. Bukan apa, aku takut korang sebak dan 'mengobak' (menangis/teriak) masa baca cerita aku nanti.

Rumah sewa aku kat sect 20 masa tu dihuni oleh satu famili yang mempunyai seramai 8 orang anak (kalau tak silap aku), yang mana anak sulungnya seorang yang cacat dan hanya mengesot untuk bergerak ke mana-mana. Si bapa bekerja sebagai security guard berpendapatan dalam lingkungan RM1K sebulan. Pada awalnya, sewa rumah diorang ni dibiayai oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) tapi aku tak tau kenapa selepas beberapa bulan, LZS dah tak bayarkan sewa diorang.

Akibatnya, sewa untuk beberapa bulan telah tertangguh. Aku yang sudah tak mempunyai pilihan terpaksa menghalau diorang dari terus tinggal kat umah tu dan cuba korang bayangkan apa perasaan aku bila mana anaknya yang cacat tu mengesot lantas memeluk kaki aku sambil berkata "Encik jangan halau kami. Mana kami nak tinggal nanti?", apa perasaan korang kalau korang berada kat tempat aku tapi disebabkan aku dah bulatkan tekad, 'halau tetap halau' dan peristiwa hari tu masih lagi menghantui aku sehingga ke hari ini. Aku tau korang mesti kata aku zalim dan tak boleh bertolak ansur kan? Tapi aku ada sebab aku yang tersendiri kenapa aku berbuat demikian dan kalau korang nak tau sebabnya, terpaksalah korang beli e-Book aku @ http://bicarahartanah.com/ sebab kat dalam tu aku ada mention kenapa aku terpaksa berbuat demikian. So, sebelum korang nak start invest macam aku, pikir-pikir dan renung-renungkanlah cerita aku ini sebab tak semua benda dalam property investment tu indah. Kengkadang tu korang pasti akan berada di dalam dilema samaada nak memilih antara keuntungan atau pun peri kemanusiaan. Amacam, korang sanggup tak buat macam apa yang aku dah buat tu?



Tips n Thots : Hati kena kering kalau korang nak jadi 'landlord' macam aku.

9 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. teringat kisah rumah titian kasih... owner rumah dptkan court order utk penghuni kosongkan rumah

    BalasPadam
  3. ada jer rintangan. tp xde rumah, xde laa lebih duit daro orang lain

    BalasPadam
  4. pergh ensem, siap buat marketing beli e-book.
    tapi part yang dia peluk kaki tu meruntun jiwa beb.

    rumah titian kasih ni mana plak?

    BalasPadam
  5. rumah titian kasih kat titiwangsa, KL.
    baca berita ni.

    http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0630&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

    kalau tak salah, wida pernah highlight gak isu ni kat blog dia.

    BalasPadam
  6. itulah keadaan kita kan......
    bukan kita tapi majoriti masyarakat hari ni kot.......

    BalasPadam
  7. Meh kita tolong Rumah Titian Kasih dengan menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank diorang : No Akaun - 564061002172 (Persatuan Pengurusan Pusat Jagaan Titian Kaseh Kuala Lumpur)

    BalasPadam
  8. hehe.. bisnes...

    napa yer.. skrrang zakat tak dsumbangkan kepada yang memerlukannya..


    Jum singgah belog Pink!

    Cute tu hodoh!

    BalasPadam
  9. Biarlah saya tak kaya tapi saya mmg tak sanggup. Jangan tamak dik...insaflah....
    Tidak cacat dah satu kelebihan yang Allah beri...
    Subanallah...

    BalasPadam