Isnin, 14 Jun 2010

Yang mana satu patut dipilih?

"Assalamualaikum tuan, mike (loghat Perak bermaksud kamu) sibuk ke? Boleh teman cakap sikit" pemanggil A. "Boleh tapi sape ni? Suara macam familiar je" jawab aku. "Mike ingat lagi tak member yg mike penah bertumbuk dulu sebab berebut sorang awek masa kat sekolah dulu?" Pemanggil A. "Ijam ke ni? Laaa..lama betui aku tak dengo citer ko. Ko apa khabar? Aku dengo ko dah jadi ustaz kat Sarawak, betui ke? soal aku. "Alhamdulillah teman sihat. Ha'ah teman sekarang ni ngajo kat sana. Dah dekat 7 tahun teman kat sana tapi la ni teman ada kat KL. Cuti sekolah le katakan" jawab si Ijam ni. "Kalo camtu boleh le kite ngeteh sesama? KL ko duduk kat area mana?" tanya aku lagi. "Umah teman kat Balakong tapi la ni teman lepak kat umah kakak teman. Umah Balakong teman tu tengah renovate tapi dah nak siap pun. Esok lusa siap le tu dan pasai umah jugak le teman kol ni sebab teman dengo kengkawan cakap mike ni 'terer' bab-bab umah" jawab si Ijam. "Mana ada terer. Diorang 'kencing' ko je ni. Kalo bab-bab orang umah ke atau bakal orang umah ke (awek le tu), baru le aku terer.. hahaha" jawab aku spontan. "Masyaallah mike ni, masih tak berubah. Udah-udah le tu. Umo kite ni pun dah nak masuk senja. Bawak-bawak le ke mesjid buat amal..". Dalam hati aku *alamak.. aku lupe la yang aku tengah bercakap ngan ustaz ni, ayat kena la cover-cover sikit.. hehe* "Ok bang, apa yang ko nak tanya tadi?" aku meng'konar'kan topik perbualan. "Takde apa sebenarnya, teman just nak mintak pendapat mike, umah Balakong teman tu baru je lepas renovate dan kejap tadi ada orang datang tanya nak sewa umah teman tu. Katanya untuk budak-budak Bosnia yang belajar kat kolej area tu. Patut ke teman bagi sewa kat student-student tu?" tanya ustaz muda ni lagi. "Kalau ikut aku la, takde masaalah ko nak bagi sewa kat budak-budak tu tapi boleh ke ko communicate dengan diorang nanti. Bukan maksud aku nak kata ko tak boleh cakap omputih tapi maksud aku communicate dari segi perhubungan. Bukan apa kalau diorang 'lari malam', payah ko nak carik. Bagi aku d best way is ko 'ikat' je orang tengah dia tu. Maksud aku ko buat je agreement dengan orang tengah tu, at least pape hal biar dia je yang handle. Yang ko tau, tiap-tiap bulan dia kena bank-in sewa tu kat ko dan kalau dia nak mark-up sewa pun lantak dia la. Yang penting ko dah tak payah pikir pasal nak handle budak-budak tu. Bagi aku itu cara paling mudah dan selamat tapi ada satu benda la pulak yang ko akan rugi.." kata aku. "Apa dia tuan?" soal si Ijam ni dengan nada 'suspicious'. "Kalo budak-budak Bosnia tu pompuan dan lawa pulak tu, tak boleh la ko nak menggatal...hahaha" balas aku. "Astaghfirullah.. mike ni.. hehehe".. balas Ustaz Ijam.

Tips n Thots : Kalau boleh (if possible), elakkan dari berurusan dengan orang luar dalam hal-hal macam ni dan kalau korang tak boleh nak buat apa-apa, pastikan korang dah bersedia dengan cara-cara nak mengatasi kemungkinan-kemungkinan yang akan merugikan korang. Bagi aku, my 1st criteria sebelum aku ambil penyewa .. bila berjanji kena tepati especially waktu 1st time nak tengok umah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan