Isnin, 7 Jun 2010

Di Balik Tirai..


Meor Ahmad Shukri (berbaju merah)

Sebelum korang salah paham, tajuk 'di balik tirai' ni bukannya satu entry lucah tetapi lebih kepada tanda terima kasih aku kepada 'tulang belakang' pembikinan e-Book aku yang akan dipasarkan penghujung minggu ni. Sape dia? Tak lain tak bukan ex-skoolmet aku selama 6 tahun, saudara Meor Ahmad Shukri yang aku temui melalui laman sosial fesbuk setelah hampir 18 tahun terpisah. Tak sangka pulak ketika berchatting dengannya pada pagi Ahad melalui 'fb online chat' tahun lalu telah mengilhamkan pembikinan e-Book aku ni dan aku pun tak pernah terfikir yang aku mampu mengarang satu tajuk yang agak besar maknanya dalam hidup aku.

Aku sebenarnya bukanlah rapat sangat dengan mamat ni waktu sekolah dulu walaupun mempunyai 'surname' yang sama sebab mamat sekor ni bolehlah dikategorikan dalam golongan 'menantu pilihan' kaum ibu jika dibandingkan dengan aku yang agak terserlah 'kebungaannya' (maklumlah abang ensem). Tambahan pulak, kelas kami berlainan waktu tu. Aku dalam golongan 'budak-budak genius' manakala mamat ni pulak dalam 'kelasnya yang tersendiri' (kurang cerdik la tu.. hahaha) tapi bila kitorang berkumpul balik time 'reunion' bulan Disember hari tu, tidak aku sangka.. mamat yang perasan bagus ni (aku le tu) hanya mampu menggenggam Ijazah Diploma Lanjutan je manakala mamat yang kurang cerdik ni pulak dah ada Master beb, dalam bidang I.T pulak tu. Jenuh le aku memikirkan camne benda camni boleh berlaku. Pikir punya pikir, lepas 2 minggu baru le aku perasan yang ini semua disebabkan oleh faktor 'kepala' mamat si Meor ni dah bertambah besar jika dibandingkan dengan aku. Ye lah kalau kepala dah besar maknanya otak yang ada kat dalam tu pun bertambah dan sebab tu lah dia masih boleh menerima 'input' untuk bergelar graduan sarjana. Manakala aku pulak, hanya perut je yang makin membesar mengakibatkan pelbagai 'penyakit' suka menjenguk.. huhuhu. Tapi walau apa pun, aku tetap terhutang budi dengan brader yang sorang ni.

Mandangkan dia berkebolehan nak buat e-Book, maka aku pun dengan senang hati mempergunakan mamat ni untuk menghasilkan e-Book aku ditambah pulak dengan kosnya yang 'amat murah' yang di 'offer'kan oleh mamat ni. Bila aku tanya kenapa murah sangat, jawab mamat ni "Ala bro, aku bagi ko harga kawan-kawan. Lagi pun ko bukannya glamer sangat. Nanti bila dah femes baru la aku charge lebih sikit". "Ye tak ye jugak" jawab aku dalam hati. So, sementara harga e-Book aku ni tengah murah, cepat-cepatlah korang order, takut nanti bila aku dah femes.. korang takkan dapat harga macam ni lagi.. hahaha. Berapa harganya?? Murah je.. semurah 2 keping tiket wayang citer 'Lagenda Budak Setan'.

p/s : Betul tak kata orang tua.. "orang yang pangkal dia nama MEOR ni ensem-ensem sebenarnya. Tak gitu?" dan pada sesape yang memerlukan khidmat saudara Meor ni, bolehlah hubungi aku melalui blog ni. Sekurang-kurangnya, bolehlah aku 'makan' komisyen atas perkhidmatan yang beliau sediakan.. masyukkk tu.. hahaha.

Tips & Thots : Kejayaan takkan dapat dicapai seorang diri. Ianya memerlukan bantuan dari orang sekeliling dan mengambil contoh dari kes aku ni, tanpa bantuan dari saudara Meor ni, ilmu dari eBook yang akan aku pasarkan takkan sampai kepada korang semua. TQ Bro.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan