Jumaat, 18 Jun 2010

RM130,000 tu banyak ke?

Case Study :

Kawan aku bebaru ni tanya opinion aku samaada patut ke dia jual umah dia sebab katanya harga yang di'offer' kat dia tu amatlah menarik. Dia yang pada mulanya hanya main-main letak harga  jualan sebanyak RM400K untuk umah double storey dia, tetiba dikejutkan dengan kesudian sorang cina ni untuk membelinya. Apalagi mengelabahlah member sebab dia tak sangka harga sebegini tinggi pun masih ada yang sanggup membelinya dan selepas ditolak hutang bank dan bayaran-bayaran berkaitan, dapatlah dia dalam RM130K. Banyak kan? Actually, rumah tu pada masa ni disewakan sebagai nurseri dengan kadar sewa sebanyak RM1K dan mamat ni pulak terpaksa top-up another RM600 setiap bulan untuk cover hutang bank. So, bila dia tanya pendapat aku, aku hanya menjawab seperti yang tertera di bawah dan kalau korang (reader blog aku) nak bagi opinion, amatlah aku alu-alukan. Moga-moga member aku yang sorang ni dapat decide samaada patut atau tidak dia jual umah tu?



My Opinion :

Aku kata kat member aku tu "Sebelum ko 'decide', ko kena tengok 2 benda ni dulu sebab ianya bakal membantu ko dalam membuat pilihan" dan 2 benda yang aku maksudkan tu ialah :



i) 'Cashflow' :

Cashflow ni bermaksud aliran tunai ko kalau ko masih nak pegang (hold) umah tu. Kalau umah tu kosong takde penyewa, maknanya cashflow ko akan jadi negatif, jadi elok sangatla ko 'dispose' (jual) umah tu tapi kalau ada penyewa dan sewanya pulak melebihi dari ansuran bank, bil-bil berkaitan dan 'reserve cost untuk repair', maka eloklah ko pegang je umah tu jangan jual.

ii) 'Return' :

Return ni pulak bermaksud pulangan yang ko bakal dapat selepas dispose umah tu. Kalau takat untung tu ko nak buat beli benda-benda yang bersusut nilai seperti kereta besar, eloklah ko batalkan niat nak jual tapi kalau ko nak tambahkan aset umah atau besarkan bisnes yang boleh menambahkan kekayaan ko, maka eloklah ko jual umah tu tapi ko kena ingat.. komisyen aku jangan lupa.



Walaubagaimanapun, itu cuma pandangan peribadi aku dan mungkin ianya bercanggah dengan pendapat korang. So, for my reader/viewer.. what say u?

10 ulasan:

  1. bro jual je rumah tu kalau x boleh top up . tapi duit yg dapat tu beli lah rumah lain dgn tunai dan enjoy lah monthly income daripada sewa.....dan jangan lupa abang yang x berapa ensem punya consulting fees......:)

    BalasPadam
  2. Jual jgn tak jual...Apa yg istimewa rumah tu? Sampai Cina tu sanggup nak beli RM400K?? No rumah 8888 kot....hehe

    BalasPadam
  3. pendapat peribadi saya, saya akan jual dan cari rumah lain below 130k. Belen duit masuk ASB.

    sewakan rumah tapi kena top up duit lagi mmg problem baik let go bila ada best buyer.

    nnt nak order buku baru yg sedang hot di pasaran tu. mcm mana nak order?

    BalasPadam
  4. Dengan sewakan, saya kena top up RM600 untuk bayar ansuran bank...banyak jugak tu, kos melepas bersamaan ansuran bulanan 1 apartment medium kos.

    Kalau jual, saya dapat cash selonggok RM130k...mmm...masuk ASB (kalo ASB lom penuh lagi), buat OD, beli lagi property lain.

    Pendapat 2 sen saya...JUAL dan INVEST balik...tapi kalau ada prospek yang harga rumah teres tu boleh up lebih tinggi disebabkan perkara2 tertentu..cth kawasan situ nak buat entry/exit ke highway atau laluan lrt...maka sepatutnya SIMPAN lah dulu.

    BalasPadam
  5. Pertama sekali aku nak tanya, pemilik rumah tu dah ada rumah lain ke atau sebijik tu jer..

    Kedua, lokasi umah tu kat mana, KL kot, tu yg sampai 400k tu.

    OK, aku rasa better jual, sebab, pemilik kena topup sewa bulanan 600 sbln, byk tu...Takut nanti tiada penyewa, lagi tinggi kena bayar.

    Kedua, kalau pemilik rasa nak menetap di lokasi seperti Ipoh, Sg.Petani, dan Penang selatan, harga rumah masih ok jika compare area KL dan Selangor.

    Ketiga, dapatkan cashflow yg tinggi utk buat pelaburan hartanah baru, seperti beli rumah lain.

    Keempat, Tawaran ini adalah diluar jangkaan, bukan senang nak dapat tawaran cam ni.

    Kalau pemilik cadang nak menetap di area lokasi rumah tu, better tak payah jual.

    BalasPadam
  6. kawan aku ucapkan time kaseh kat korang yg sudi share korang punya opinion kat sini..

    BalasPadam
  7. en meor cemana nak order ebook tu?

    BalasPadam
  8. opps sori..saya dah tau dah caranya. baru terperasan banner kat atas tuh!

    BalasPadam
  9. Eliza : I'm waiting for ur order.. hehehe

    BalasPadam
  10. jual jgn x jual... dpt duit invest lain jgn joli katak pulak... :D

    BalasPadam