Sabtu, 19 Jun 2010

Apa alasan korang?

Aku ingat lagi 12 tahun dulu, masa aku baru nak berjinak-jinak dalam 'property investment' ni, tak banyak buku yang aku boleh rujuk dan tak banyak orang yang aku boleh tanya. Semuanya aku terpaksa carik sendiri. Jatuh bangun terduduk tertonggeng, semuanya aku dah rasa. Orang keliling aku semuanya menentang apa yang aku cuba buat termasuklah 'mem' aku. Aku ingat lagi bila 'mem' aku cakap "U tak payah la beli umah banyak-banyak. Karang sape nak bayar kalau tenant lari". Takde sorang pun yang bagi semangat, yang sekadar 'membakar' semangat aku lagi ada la. Takat yang cakap "Tak payah la invest, karang terlungkup kan ke susah. Ko tu pun bukannya berduit sangat. Karang elok-elok pakai Kancil terus ko kena naik bas kalau nak gi memana" dan semuanya memberi 1001 alasan supaya aku tidak melibatkan diri dalam pelaburan hartanah ini.

Time tu masaalah paling besar untuk aku start ialah masaalah kekurangan modal tapi nasib baiklah akal aku panjang, modal pertama aku adalah dari duit EPF dan duit yang patut aku gunakan untuk upgrade Kancil aku. Total modal aku masa tu hanyalah dalam RM7K yang aku keluarkan untuk membeli sebuah apartment kat Subang 2. Bertitik tolak dari situlah aku mula menyimpan, mengumpul dan melabur duit yang aku dapat setiap bulan untuk dijadikan modal untuk membeli rumah berikutnya. So, penyelesaian kepada masaalah pertama aku telah pun terjawab yang biasanya sering dijadikan alasan utama oleh kebanyakan orang.

Namun, bagi aku masaalah modal cuma masaalah kecik je sebab ada gak cara yang tak payah pakai duit bila beli umah tapi takpe, aku belum nak bercerita lagi pasal benda tu. Bagi aku, masaalah yang paling utama sekali bagi orang kita ialah kurang keyakinan diri untuk melabur atau dalam erti kata lain.. 'TAKUT NAK AMIK RISIKO @ TAKUT RUGI'. Ala beb, hidup kita ni sentiasa berdepan dengan risiko. Wayne Rooney yang terer main bola pun berdepan dengan risiko nak 'injured'. Apa yang penting kat sini, kalau kita dah buat study, survey atau 1001 macam analisis, risiko kerugian tu akan dapat di'minimise'kan. Aku pun bukannya buta-buta je beli umah. Kalau aku main tibai je, dah lama aku terduduk tak bangun-bangun dah. Jadik, melalui entry berikutnya aku akan perturunkan cara-cara aku melabur (step-by-step) sebab dah ramai sangat yang dok tanya kat aku. Bagi korang yang dah baca ebook aku tu, bolehlah korang 'implement'kan 6 kunci yang aku sebutkan tu dengan cara-cara yang akan aku citerkan nanti. Bagi korang yang belum beli lagi, rajin-rajinkanlah meng'order' ebook aku tu dengan klik kat banner 'cun' yg kat sebelah entry ni. Walaubagaimanapun, sebelum aku nak start citer cara aku invest  ni, boleh aku tau apa alasan korang takut nak start invest dalam property supaya aku boleh tekankan lebih sikit cara-cara nak mengatasi 'ketakutan' korang tu nanti..

P/S : Tolong tuliskan alasan korang tu kat ruangan komen di bawah.

6 ulasan:

  1. biar sy start dulu. takut loan tak lepas. ye la komitmen tinggi takut tak dapat secure loan bila dah jumpa peluang yang bagus.

    BalasPadam
  2. saya start no.2, nak invest ni rasa takut kalo kena kawasan yang tak hot , tak leh dapat return utk investment.

    BalasPadam
  3. what holding us, of couse modal dan jugak salary yg x seberapa

    BalasPadam
  4. takut jatuh hati dgn tenant yg cun...... :p

    BalasPadam
  5. sbb tak pernah la kot...FA

    BalasPadam
  6. sy x takut.. memang suka risiko.. ni pon lepas baca banyak buku + blog amek ilmu.. :)

    BalasPadam