Rabu, 2 Jun 2010

Hampeh betul la member aku ni..

Tentu korang ingat lagi pasal 'Man Kuala' yang aku citer dalam entry aku yang lepas. Aku gitau camne sukanya dia bila dapat umah kat Section 10 yang market valuenya (RM300K) lebih tinggi dari 'asking price' (RM275K). Alih-alih pagi semalam, dia gitau aku yang dia tak jadik pulak nak beli sebab katanya banyak benda nak kena repair. Aku tanya "Apa bendanya yang ko kata banyak tu?". "Wiring nak kena tukar, dinding nak kena cat balik, bumbung porch nak kena extend dan tanah belakang kecik sangat (cuma 5 kaki je)" antara alasan yang dibaginya tapi aku tau itu cuma alasan dia je sebab aku tau yang dia tak nak sebab umah tu berkonsepkan design umah lama. Camne nak masuk majalah 'Anjung Seri' nanti. Bagi aku la, kalau takat nak tukar wiring jadik 3 phase ke atau pun nak catkan umah ikut kaler moden ke, itu sume boleh upah orang buat. Aku rasa tak sampai pun RM5K. Pasal tanah belakang kecik.. bukannya tanah tu nak dibuat playground pun. Karang kalau tanah seluas umah aku (10 kaki), takde la pulak duit kalau nak extendkan dapur. Betul tak? Pape pun, itu sume bergantung pada dia sebab dia yang nak duduk.

Dalam dok bagi 1001 alasan tak jadik beli, sibuk pulak dia tanya alasan apa yang patut dia bagi kat ejen tu sebab katanya dia kesian kat ejen umah tu yang datang jauh-jauh dari Cheras. Kata member aku lagi "tak sampai hati aku nak bagitau dia yang aku tak jadi beli". Aku yang memang dah sakit hati dengan mamat sekor ni terus je bagitau "Ko gitau kat ejen tu, suruh dia gitau seller.. kalau seller sanggup reduce harga jadik RM250K, saya beli". Dia yang terkejut dengan jawapan aku lantas bertanya "Kalau seller tu setuju camana? Aku memang tak nak beli". "Apa la bxxgxp sangat ko ni, ko pass je la kat aku. Bolehla aku renovate lebih kurang sebelum aku jual balik kat orang lain. Dapat dalam RM20-30K pun dah kira ok apa" jawab aku. "Ye tak ye jugak tapi kalo seller tak setuju dengan harga tu?" soal Man Kuala lagi. "Laaa.. kan ke ko tak nak umah tu, kalau seller tak agreed, ko carik je la umah lain.. mxxgkxk betul la ko ni".. marah aku. Dia yang terkedu hanya mampu berkata "Jangan la marah aku bro. Nanti aku nangis karang, sape nak pujuk". "Laaa.. hampeh betul la ko ni"..

Tips & Thots : Beginilah antara cara aku nak dapatkan price yang terbaik sebelum aku beli. Let say la seller agreed at RM265K, aku tetap akan beli sebab kat sini aku dah untung almost RM35K kalau dibandingkan dengan market value. Tak gitu? What say you??

7 ulasan:

  1. i say you buy!! u frend need to make up his mind hik2

    BalasPadam
  2. haha kesian pulak kawan ko kena 'mangkuk' sekali...

    BalasPadam
  3. hehe.. sian dia kena marah... bab dia cakap kang dia nanges tu kelakar la... ;p

    Welcome to MyBlog ;)

    BalasPadam
  4. man kola ni saja nak kasi sakit hati orang kerjanye

    Latest Entri : Kisah Kapal Mavi Marmara

    BalasPadam
  5. kalau hati tak terbuka nak beli rumah, mcm tu la.. banyak alasan..

    BalasPadam
  6. tapi aku rasa man kuala nie berhati jujur...
    sebab takan nak menipu...kita hidup didunia ni kan ker sementara....berlakulah sejujur yang semampunya.....

    BalasPadam