Rabu, 9 Jun 2010

Meh tolong kawan aku renovate rumah

'Igauan ngeri setiap pemilik rumah'


Malam minggu hari tu, sesi ngeteh aku dengan member kampung aku berkisar tentang banyak benda. 'Mem' dia yang pada mulanya mengeteh sekali, terpaksa diposkan ke umah mak bapaknya yang sekangkang kera dari restoran mamak tempat kitorang melepak tu demi untuk memastikan sesi bergebang kitorang tak tersekat-sekat dek kerna nak 'cover' banyak benda.. hahaha. Pelbagai topik dibicarakan, dari kisah WC2010, biznes MLM yang diusahakannya, kisah orang-orang politik dan tak kurang jugak cerita tentang 'kejayaan' aku (berjaya sangat ke aku ni??) mengusahakan rumah sewa.

Dalam dok bercerita tu, member sempat meluahkan perasaan gembiranya kerana rumah yang dibelinya 5-6 tahun yang dulu, akhirnya siap untuk diduduki. Walaupun dia sepatutnya masuk ke rumah tu 3 tahun yang lepas tetapi disebabkan oleh 'kegawatan ekonominya', dia hanya mampu mendudukinya hujung bulan ni tapi ada satu dua benda yang merunsingkannya. Rumahnya yang dah 3 tahun kosong berada di dalam keadaan yang amat menyedihkan (korang boleh tengok gambar kat atas tu) dan sekali lagi dia terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk memperbaiki kerosakan rumah tersebut.

Soalan pertama yang terpacul dari mulutnya tatkala aku melihat gambar yang ada di dalam leptopnya "Bro, ko rasa elok aku pakai tiles ke atau tukar parkir tu balik?". "Alamak bro, aku cuma pelabur hartanah bukannya interior designer. Mana aku tau sangat. Lagipun rumah yang aku dok sekarang ni pun bukannya cantik sangat cuma disebabkan penghuninya yang ensem (aku le tu), maka rumah aku secara automatiknya jadi cantik.. hahaha" dan memandangkan aku ni seorang yang berjiwa halus dan tak sampai hati nak mengecewakannya, maka kat sini aku nak mintak tolong korang semua (reader aku) untuk decide, should he change it with tiles or parkir? Dan kalau boleh korang tolonglah bagikan alamat dan no tepon kedai yang boleh bagi harga murah untuk benda-benda tu (tiles @ parkir). Mana la tau kot-kot bila aku nak renovate rumah aku nanti, aku dah ada contact no yang korang bagi tu dan mungkin juga reader-reader lain pun boleh dapat manafaat dari maklumat yang korang bagi tu. Takde la asyik aku je yang bagi tips.. ahaks. Amacam baru la adil kan?

Tips n Thots : Pastikan rumah korang tak dibiarkan kosong untuk satu tempoh yang lama bagi mengelakkan perkara di atas berlaku.

5 ulasan:

  1. pakai Tiles kalau ada bajet..

    kalau takde bajet, letak simen je...buang parkir..
    ada bnyk masalah nanti.

    tuanbri.com

    BalasPadam
  2. Tanpa NamaJun 09, 2010

    salam. kalo nak duk sendiri, berbaloi repair parkir...tapi maintenance kena betul...takut nanti rosak balik

    kalo nak sewakan, lebih elok pakai tiles...takpun pakai simen (mcm bri kata) + tikar getah

    -hisham-

    BalasPadam
  3. kalau xde budget, simenkan letak tikar getah. kalau ada budget tiles 2x2 feet. hehe

    BalasPadam
  4. setuju dgn tuanbri.. tile atau simen je. no parkir.

    BalasPadam
  5. Buat Tile lebih elok, parkir tu usah dibuang begitu saja.. boleh buat macam benda (kalau kreatif ler..)

    'Hidup kena kreatif dan inovatif'

    BalasPadam