Jumaat, 4 Jun 2010

Hadiah befdei idaman aku




Kejap tadi 'mem' aku memekak lagi kat aku. Mana taknya, dia terjumpa buku aku bersepah kat bawah katil. Kalau korang nak tau, 'mem' aku punya pitching suara memang nyaring. Kalah suara Jeklin Vikter. So, bila dia dah start berbunyi, aku tau le aku kena carik alasan yang munasabah supaya tone suara dia kembali normal. Dalam dok berpikir-pikir, tetiba terlintas kat otak aku jawapan ni.."Ala 'U' (panggilan manja untuk pasangan yang dah 11 tahun kawen) I saje je nak sepah-sepahkan buku tu sebab nak bagi 'hint' kat u untuk hadiahkan rak buku kat I sempena befdei I ujung bulan ni (kalau korang nak tau tarikhnya 27hb dan kalau korang nak bagi hadiah, nanti aku e-mailkan address aku kat korang). Buku I dah terlalu-lalu banyak dah sampaikan I tak tau nak letak kat mana dah (korang boleh tengok sendiri gambar kat atas tu)" dan as usual, 'mem' aku menjawab "Banyak la u punya alasan. Yang u dok beli buku banyak-banyak ni buat apa? Bukan u nak sambung study pun". Aku cuba jawab balik "Laa.. tak semestinya baca buku sebab nak sambung study je. Ni la orang kita.. baca buku pun nak kena bersebab. Kan ke membaca tu merangsangkan otak kita dan secara tak langsung pengetahuan kita pun akan bertambah. Cuba u tengok macam Dr M, umur lebih 80 tahun pun still genius lagi". "Itu Dr M, u tu sape?" soal 'mem' aku tak puas hati. "La..1 Malaysia dah tau sape abang ensem, property investor yang kacak. Entah-entah saje je u tak nak I lagi cerdik dan femes dari u kot? hehehe" balas aku. "Dah la, malas I nak layan u. Ada je jawabnya. Nanti kita gi la carik rak buku kat kedai depan tu buat hadiah befdei" akhirnya mengalah jugak 'mem' aku ni.

Bila bercerita bab membaca ni, kekadang tu macam tak percaya pun ada sebab zaman sekolah dan kat 'Uni' dulu, aku ni bukannya ulat buku pun. Lagipun mana ada ulat buku yang boleh jadik mat bunga dalam satu masa, ye tak? Alih-alih bila dah keje ni, tetiba rajin pulak nak membaca buku. Hampir setiap minggu.. MPH, Popular Bookstore atau pun Kinokuniya jadi destinasi 'window shopping' aku dan aku rasa bersyukur sangat-sangat mungkin sebab buku pertama yang aku baca, 'FINANCIAL FREEDOM' (tak silap aku tahun 1999) telah membuatkan aku tertarik untuk meng'explore' lebih banyak buku-buku berkaitan investment. Secara tak langsung dapat la aku menambahkan pengetahuan di dalam bidang investment di samping menambah kenalan di kalangan cashier-cashier 'cun' yang ada kat kedai buku tu dan itu jugak menjadi sebab kenapa rak buku aku kat umah tu dah tak dapat nak menampung sejumlah 147 buah buku investment aku ni.


So, bagi korang dah takde idea nak belikan apa-apa untuk hadiah befdei aku kali ni, korang belikan je la buku untuk aku. Kurang-kurangnya dapat la aku citer balik kat blog ni apa yang aku dah baca dan juga dapatlah aku penuhkan rak buku baru yang 'mem' aku akan beli nanti. Betul tak?? So, apelagik, pegi la carik befdei prezen aku. Dah dekat sangat dah ni..hahaha.

Tips & Thots : Pelaburan yang paling bernilai dalam hidup kita adalah melabur di dalam peningkatan 'ILMU'. Insyaallah, korang akan berjaya dunia dan akhirat kalau korang mengamalkan ilmu yang korang dapat tu.

11 ulasan:

  1. Baik boss!!! Ada masa JR gi kedai buku...
    Tapi takut plak kalo beli buku yg abg dah baca kan? (Saja nak test2 power bagi alasan jugak... hahaha...)

    Inbox alamat kat Fb yer.
    http://www.facebook.com/Snave.Guy.Lavoie.JR

    BalasPadam
  2. bagus2..makchik mmg suka mbacha..bacha blog owang trutamanya..he3
    adiah bufday..nk wish epi betday siap2 ar, bimbang lupa nk ziarah sok2. moga Allah merahmati hidupmu sekeluarga. amin

    BalasPadam
  3. JRP : Aku suka alasan tu.. hahaha
    Khai : TQ for d sweet wishes.

    BalasPadam
  4. Tanpa NamaJun 04, 2010

    meor,hang memang tak berubah dari dulu smpi la ni...makin merapu ada lah...he hehe..

    BalasPadam
  5. mazlinroslan : hv we met b4??

    BalasPadam
  6. ensem,
    meh sini aku nak tambah.... beli kan ko hadiah buku ada beberapa kebaikan, iaitu:

    1) dapat pahala (menggembirakan befdei boi)
    2) dapat tax relief (make sure simpan resit)
    3) paksa diri sendiri baca dulu sebelum bagi kat ko (ni utk aku la, sbb aku mmg selalu beli buku... eheheh)

    amacam, ok tak?

    BalasPadam
  7. Bukan xnak belikan AE buku, tp pikir2 nnt takut lak AE terlepas peluang jumpe adik2 cashier yg cun tu..
    so kesimpulannye, gi la beli sndr... beli buku + adik cun, awk suke kan???....

    BalasPadam
  8. Tanpa NamaJun 05, 2010

    we met b4...long2 time ago..etr94 sekali ngan ishah dan yanto..

    BalasPadam
  9. mazlin : hahaha... now i remember. u're my long lost gefren kan?

    BalasPadam
  10. azz : I like ur excuse.. creative mcm i.. hahaha

    BalasPadam
  11. hazree : ya betul.. totally agreed

    BalasPadam