Isnin, 31 Mei 2010

Nak KAYA atau nak SENANG?

Semalam (Ahad) antara hari-hari yang bersejarah dalam hidup member aku, 'Man Kuala' (sori nama sebenar terpaksa dirahsiakan atas permintaannya). Mana taknya.. akhirnya dapat jugak dia beli rumah idaman untuk dia duduk. Lokasinya kat Seksyen 10 Shah Alam. Harganya?? Kalau dah aku yang tolong carikan, dah tentu-tentu la berbaloi-baloi tapi korang jangan pulak suruh aku carikan korang rumah. Nanti jenuh pulak aku nak kena pusing satu Shah Alam carikan rumah untuk korang.

Aku teringat lagi 12 tahun dulu (1998), member aku ni merupakan antara golongan pertama 'member-member serumah bujang' aku yang aku approach untuk invest dalam property dan aku masih ingat lagi antara jawapan yang dia bagi kat aku untuk mengelakkan diri dia dari di'approach' lagi oleh aku.. "Aku tak berani lagi la Meor. Kalau beli umah, mesti nak pakai banyak duit. Aku ni bukannya bergaji beso sangat. Lagipun aku nak kena simpan duit untuk kawen. Karang kalau orang lain 'rembat' awek aku, tak ke naya. Lagipun aku bukannya ensem macam ko. Rina (oppsss.. tersebut pulak nama awek lama aku), awek yang ko ayat kat tepi bus stop pun boleh lekat kat ko". Korang nak tau apa jawab aku.. "Ala Man, awek ko tu bukannya lawa sangat. Kalo ko dah kaya esok, usahkan Ina (nama awek merangkap bini dia sekarang), Poziah Latep pun boleh terpikat kat ko.. hehehe". Sejak aku cakap macam tu kat dia, dekat seminggu jugak la dia tak tegur aku. Biasakla.. kalau mulut dah laser, camne aku nak control dan nasib baik lepas aku pinjamkan dia baju untuk dia keluar dating dengan Ina, terus hubungan kitorang baik balik. Yang herannya, aku jugak yang kawen dulu dari dia walaupun masa tu aku dah start beli rumah.

Tapi kalau dah nama rezeki dia, memang tak kemana. 3 tahun lepas, 'Man Kuala' ni datang balik jumpa aku nak bertanyakan tentang elok ke tidak kalau dia beli rumah single storey 'end lot' kat Bukit Raja (developer Sime UEP). Bila dia gitau je harganya lebih kurang RM185K, terus aku kata "Ko gi bayar booking sekarang" dan nampaknya pelaburan pertama dia membuahkan hasil yang bagi aku cukup 'banyak'. Mana taknya, lepas je umah tu siap terus dia jumpa bagitau yang dia tak nak duduk kat situ dan dengan muka 'gelabah beruk'nya, dia cakap "Apa aku nak buat sekarang? Kalau bagi sewa berapa sen sangat aku dapat sebab kawasan tu kawasan baru dan takde sape nak sewa kat area tu lagi?". Aku hanya tersenyum 'ensem' je bila dengar dia cakap camtu sambil mulut aku berBICARA "Ko nak risau apa. Ko jual je rumah tu. Mesti untung punya. Rumah ko tu landed property, dah tu kat area yang tengah membangun pulak tu. Umah 'landed' ni ko tak boleh buat sewa sangat sebab biasanya orang beli atas 2 sebab iaitu (1) nak duduk (2) untuk dapatkan keuntungan (capital appreciation). Itu pasal la masa aku dengar ko nak amik umah ni dulu, aku terus je suruh ko bayar booking sebab aku tau kat area tu lambat laun akan naik. Cuba ko pikir balik, bukannya jauh sangat area tu dari Shah Alam dan Klang. Betul tak? Dah tu harganya pada aku dah cukup murah kalau dibandingkan dengan kualiti umah tu (mana taknya, developernya Sime UEP tu beb)". Dipendekkan cerita, korang tau tak.. tahun lepas dengan pertolongan ejen rumah yang jugak member aku, dia dapat jual pada harga RM230K. Untung kasar sebelum tolak duit lawyer dan 'fees-fees' berkaitan, ada la dalam RM45K. Banyak tu beb. Sejak itu, baru le dia percaya yang 'main rumah' ni boleh buat duit kalau kena gayanya dan la ni ayat yang selalu aku dengar dari dia tiap kali jumpa aku "Bang, ko ada dengar tak umah yang nak dijual kat area ni?". "Hampeh lu.. ko ingat aku keje juai umah ke. Dari aku bagi ko, baik aku 'rembat' dulu. Dulu nyombong bila aku ajak, sekarang baru terhegeh-hegeh.. hehehe" balas aku dengan 'bongkak'nya.

Tips n Thots : Kalau korang nak 'kaya' cepat, korang carik le rumah yang boleh bagi 'capital appreciation' (biasanya landed property atau luxury condo kat area hotspot) tapi kalau korang takat nak 'senang' macam aku, korang carik le flat atau apartment yang senang nak disewa especially yang dekat dengan kolej atau kilang.

5 ulasan:

  1. abang ensem (geli geleman aku pangge ko nama ni),

    aku suka baca blog ko. aku rasa gambar terbaru ko lagi ensem dari gambar ko dalam Personal Money.

    adakah kehenseman kau ni berkadar terus dengan jumlah rumah yang ko miliki?

    bila nak mai bangi? aku nak gak belajar pasal property dengan otai tersohor :)

    BalasPadam
  2. fuhh. aku nak dua2 bleh.

    tq tinggal komen yg membina dlm blog aku

    BalasPadam
  3. Hazree : Bangi??? jauhnyaaa... insyaallah nanti aku sampai. Ko standby je ikan siakap masam manis..hehehe

    BalasPadam
  4. bro, order umah satuuu...:)

    BalasPadam