Jumaat, 25 Jun 2010

Reverse Calculation

Well, this is a final step in my pre-buying strategy in order to determine either d property that I wanted to buy is worth it or not. Alamak sori la beb, ter'speaking' London pulak. Sebenarnya, ini adalah step terakhir yang aku selalu buat untuk menentukan samaada rumah/apartment yang aku nak beli tu berbaloi atau tak. Kalau dalam entri yang lepas aku dah ceritakan cara aku nak tau tentang harga dan sewa yang 'sepatutnya' untuk area yang korang nak invest tu, kat sini aku nak bagitau bagaimana that 2 faktor tersebut boleh membantu korang untuk 'decide' samaada patut atau tidak korang beli.. but bear in mind ye, cara aku ni lebih sesuai untuk korang yang bermatlamatkan passive income instead of capital appreciation (instant wealth).

Ok beb, katakanlah korang dah expert tentang harga rumah dan kadar sewa kat area yang korang pilih tu dan pada masa yang sama korang nak positive cashflow (lebihan tunai) setiap bulan sebanyak RM100 (ni contoh je). Maka, korang kena la buat calculation sikit dan formula inilah yang aku namakan 'reverse calculation'. Formulanya adalah :

Positive Cashflow of RM100 = Rental (Sewa) minus (Bank Instalment + Maintenance Fee + Other Related Charges)

Maknanya, korang kena tau baper banyak excess tiap-tiap bulan yang korang nak sebelum korang evaluate rumah tu. Macam aku, since aku biasanya beli rumah low to medium cost kat Shah Alam, aku dah tau dah kat area tu biasanya sewa dalam RM450-RM600 dan pada masa yang sama pulak range harga kat situ dalam RM65K-RM75K. Makanya instalment untuk harga seperti tu ada la dalam RM300-RM400 based on current BLR & rates. Jadik aku dah tau anything within d price range is a 'good/worth buying' tapi kalau aku boleh dapat harga yang below this range (below RM65K), aku kena la start beli pisang untuk disedekahkan kat surau sebab ianya sangat berbaloi-baloi-baloi. Tapi pape pun, korang kena 'well-verse' la dengan interest rate yang bank-bank dok offer sekarang ni dan pada masa yang sama korang kena tau jugak how to calculate d instalment. As for reference on how to calculate d instalment, u all may refer to d book authored by Jack C Estes & Dennis R Kelley titled "Interest Amortization Tables". Murah je, it will only cost u RM34.90. So, selamat mencarik.

1 ulasan:

  1. bro encem, mintak izin tambah sket ek: sapa2 yg pakai iPhone, Android or any other smartphone leh download mcm2 ammortization software utk tulun kira monthly instalment..

    BalasPadam