Rabu, 16 Jun 2010

Ribut Petang Ahad

Aku yang sedang nyenyak tidur malam minggu yang lalu tetiba dikejutkan dengan panggilan dari Abang Botak, pemilik apartment mewah kat area Damansara. Aku yang dalam keadaan mamai dan 'marah' gara-gara mimpi yang terbantut terus bertanyakan "Ape hal ko tepon aku?". "Aku nak tanya insurans umah yang aku bayar baru-baru ni 'cover' tak untuk kerosakan yang disebabkan oleh ribut" tanya Abang Botak. "Cuba ko tengok balik kat dalam polisi insurans ko. Dia ada mention tak pasal mende-mende ni. Kalau ada, maknanya ko boleh claim la. Bila umah ko kena ribut dan apa benda yang rosak?" tanya aku. "Petang tadi. Atap genting umah aku tercabut. Disebabkan atap dah takde, otomatik le siling umah aku bocor dan plaster ceiling dapur aku pulak runtuh. Semua tu bahana ribut petang tadi. Tu yang aku tengah pening ni.." sedih je bunyi suara Abang Botak ni. "Laa... Aku rasa korang banyak sangat buat onar kat situ, tambahan pulak kat dalam pagar kawasan apartment ko pun takde surau kan? Aku rasa komuniti apartment ko dah kena start pikir untuk buat surau. Baru le 'berkat' sikit" syarah aku dan dalam aku dengar tak dengar, dia gitau yang management office dan 'insurance representative' akan buat meeting dengan penduduk apartment besoknya dan tak lama lepas tu, yang aku ingat.. tetiba aku berada kat atas padang dengan memakai jersi 'Three Lion' sambil aku mendengar Wayne Rooney memekik kat aku "Pass me d ball Meor". Laaa.. aku dah tido balik rupanya.

P/S : Buat Abang Botak, sori sebab tak dapat nak concentrate. Tu la sape suruh kacau aku tido.. hahaha.

Tips n Thots : (i) Pastikan korang baca apa yang terkandung kat dalam polisi insurans umah korang dan kalau tak faham cuba tanya supaya korang tak 'pening' dikemudian hari. (ii) Pastikan kawasan umah korang ada surau supaya kawasan umah korang mendapat keberkatan.

3 ulasan:

  1. bab bina surau tue setju sangat lah,,, huhuhu

    BalasPadam
  2. hahaha..part rooney mintak pass bola tu ygx tahan

    BalasPadam
  3. hmm...bley igt dalam mimpi2 pun...bagus la lu bro...FA

    BalasPadam