Khamis, 24 Jun 2010

Test Market

"English title lagik" mesti itu yang korang pikirkan kan? Abih tu nak buat camne, takkan aku nak letak tajuk "Periksa pasar" kot. Karang ada yang pakat gelakkan aku ramai-ramai kan? As been promised in the previous entry, entri aku kali ni akan menceritakan cara yang aku dok buat di dalam menentukan berapakah kadar sewa yang aku patut kenakan pada bakal 'tenant' aku kat area yang aku dah pilih tu dan aku izinkan korang follow cara aku ni kalau korang nak provided korang kena pastikan dulu kat mana biasanya orang letak/tampal iklan sewa umah kat area korang sebab ianya akan menjadi penentu keberkesanan cara yang aku akan ceritakan nanti.

"Apa yang aku kena buat?" soal korang dalam hati kan? Sepertimana korang 'kencing' officer bank kat dalam entry yang lepas, kat sini pun korang kena pretend yang korang ada umah untuk disewa dan korang kena buat dan iklankan 'umah olok-olok' korang tu kat tempat yang sesuai. Macam aku, mostly iklan sewa umah aku akan diletakkan di kedai 'Tujuh Sebelas' (7 Eleven la) sebab kat Shah Alam ni kedai 7E nilah yang selalunya jadik tumpuan orang nak carik umah sewa. Bila iklan dah ada, siaplah henpon korang menunggu panggilan dari bakal tenant. Biasanya, cara aku ni akan memudahkan aku untuk menentukan range sewa kat area tu. Katakanlah aku letak 2 iklan yang berlainan harga, aku akan tengok iklan yang mana paling banyak dapat panggilan, secara tak langsung aku dah boleh buat perbandingan kadar sewa kat situ. Biasanya kalau mahal sangat, jarang orang nak call melainkan kalau time tu kolej atau U dah nak start semester baru (itu pun jika korang pilih area yang ada kolej atau U).

Selain daripada kadar sewa, cara ni jugak dapat memudahkan korang mengenalpasti golongan atau grup mana yang biasa dok kat area tu. Maybe student, pekerja kilang atau pun lain-lain grup dan melalui cara ni jugak, korang akan dapat tengok samaada yang bujang atau pun famili yang minat nak stay kat area tu. Senang citer, melalui iklan olok-olok ni, memacam benda yang korang boleh simpulkan. Sebab tu lah aku kata kaedah test market ni merupakan salah satu cara yang paling efektif dalam menentukan samaada berbaloi atau tak area yang korang pilih tu. So, amacam? Senang tak nak memilih area yang patut korang invest? Kalau korang masih lagi rasa susah, jangan risau.. korang teruskan mengikuti entri aku yang berikutnya kalau korang nak tau lagi tips-tips sempoi yang biasa aku gunakan.

Tips n Thots : Satu-satunya cara untuk aku mengelak bila bakal penyewa nak tengok rumah olok-olok aku ialah "Alamak dik, baru je tadi ada orang bayar deposit nak masuk minggu depan". Padahal rumah yang sebenar hanya dalam mimpi aku je.. hehehe

5 ulasan:

  1. wow.. u have a good strategy about sewa2 nie.... :-) i dun have any home... but want to do this business also....

    BalasPadam
  2. lawak ah bile sebut *periksa pasar*

    Bgagagagaaaaa

    BalasPadam
  3. Test market = ujian pasaran lebih sesuai dari periksa pasar kot...

    BalasPadam
  4. teruskan menaip dengan tips2 ygt sempoii ye abe esem

    BalasPadam
  5. kak rohaniah noor : test = periksa/uji, market = pasar. direct translation = periksa@uji pasar.. hahaha
    peruzz : dan sama2 lah kite berkongsi tips. peruzz pun tinggi gak ilmunya dalam property investment ni, kan?
    miss lolly : hehehe
    mr silent : carik dan banyakkan 'knowledge' dulu sebelum invest.

    BalasPadam