Rabu, 25 Ogos 2010

ASB atau Property

Ada yang bertanya pada aku samaada perlukah beliau mengagihkan sebahagian dari pendapatannya untuk memenuhkan simpanan ASBnya atau pun perlukah beliau mulakan langkah melabur di dalam pasaran hartanah dan mengenepikan simpanan dalam ASBnya?Sebenarnya persoalan ini pernah diajukan oleh seorang rakanku kira-kira 6 tahun dulu dan alhamdulillah rakanku, Zul Bujang akhirnya mempunyai simpanan ASB dan aset kediaman yang jika dihitung nilainya hampir mendekati angka RM250K. Buat 'Mr Suidokusudo' yang bertanyakan soalan ini pada aku, sila hayati kisah Zul Bujang yang benar-benar berlaku beberapa tahun yang lalu.

Alkisah :
Si Zul jejaka tampan (selain aku) yang masih bujang kalau korang nak tau mampu mengenepikan kira-kira RM500 setiap bulan untuk disimpan di dalam ASBnya dan pada suatu hari ketika kami sedang bersembang tentang tabiat menabung di dalam ASB. Padanya tabiat ini merupakan satu langkah yang amat baik di dalam meningkatkan jumlah duit yang dia ada tetapi aku sengaja menyangkal dakwaannya dengan berkata ada lagi yang lebih baik untuk menggandakan jumlah tersebut. Bila aku bercerita tentang gabungan pelaburan antara property dan ASB (yang memang aku lakukan ketika itu), beliau tertarik tetapi masih takut-takut (perasaan normal bagi semua orang yang baru 1st time nak beli rumah) tapi setelah aku berjaya meyakininya, dia pun bersetuju dan sebagai balasan aku 'menghadiahkan' sebuah apartment di Shah Alam (Brunsfield Apartment) yang sepatutnya aku beli pada masa tu pada harga RM96K berbanding nilai pasarannya yang pada ketika itu bernilai sekitar RM130K. Si Zul ni pun tanpa berlengah lagi mengeluarkan sejumlah duit EPFnya untuk membayar downpayment dan bayaran-bayaran berkaitan, yang jumlahnya agak besar semata-mata nak mencuba teori aku ni. Unit itu kemudiannya berjaya disewa dan beliau membawa pulang baki sebanyak RM300 setiap bulan untuk disimpan dalam ASB setelah ditolak bayaran bulanan banknya. Korang kena ingat, pada ketika itu jumlah RM500 masih lagi diketepikan dari gajinya setiap bulan menjadikan jumlah keseluruhan simpanan ASBnya itu setelah dicampur dengan lebihan sewa itu berjumlah RM800 sebulan. Itu cerita tahun 2004.

3 tahun kemudian (2007), beliau mengeluarkan lagi baki akaun 2 duit EPFnya untuk mengurangkan baki pinjamannya itu sebelum pertengahan tahun lalu, atas nasihat aku beliau telah membuat pembiayaan semula (refinance) apartment tersebut dan korang tahu tak berapa jumlah yang dia dapat dari refinance tersebut? 90% daripada RM160K (market value 2009) bersamaan RM144K dan setelah ditolak baki terkini sebanyak lebih kurang RM70K, uishhhh banyaknya duit dia (kurang lebih RM70K). Itu belum dicampur dengan constant saving di dalam ASBnya yang dibuat setiap bulan dari gaji dan income rumah sewanya. Kalau sebulan RM800 X 60 bulan (5 tahun), tak ke beribu-ribu lemon jadiknya dan amaun tu tak termasuk dengan dividen ASB setiap hujung tahun. Amacam, banyak tak jumlah yang bakal korang perolehi kalau digabungkan kedua-dua bentuk pelaburan ni?

Moga-moga cerita kat atas telah memudahkan 'Mr Suidokusudo' untuk membuat pilihan tapi perlu diingatkan pada sesiapa yang nak follow cara ni, make sure korang carik dulu rumah yang below market value supaya amaun yang bakal korang dapat akan berkali ganda banyaknya.

P/S : Sehingga kini rakanku, si Zul Bujang ni masih lagi berstatus single dan bagi korang yang berhasrat nak menjadikannya laki korang, tweet aku @ http://twitter.com/abangensem98 (sebenarnya saje je aku nak promote akaun twitter aku.. hehe) 

10 ulasan:

  1. bijak....bijak....

    satu inspirasi buat diriku.... thanx bro

    BalasPadam
  2. yezza...yang penting kena bijak membuat pelaburan...jangan main terjah je...sebab nak carik good property deal bukan mudah, tapi kalau jumpa memang berbaloi sesangat dengan usaha yang dibuat...

    BalasPadam
  3. Tanpa NamaOgos 25, 2010

    salam abg ensem,

    terima ksh atas kesudian utk menjawab pertanyaan saya tersebut.Insya Allah, saya akan cuba bila dapat property yg below market..

    -Mr Suidokusudo-

    BalasPadam
  4. ada akaun twitter? bakal di follow.. =)

    Pendapat anda?
    Awak, boleh pakai purdah tak?

    BalasPadam
  5. part yg paling susah dan kene rajin, MENCARI RUMAH PADA HARGA LEBIH RENDAH DARI MARKET VALUE

    part nak masukkan dalam asb tu senang jer

    BalasPadam
  6. tq
    ilmu yg baik utk diikuti

    BalasPadam
  7. isa hashimOgos 25, 2010

    best..best....aku baru stat beli, xsetel lg pon loan...amek semangat dari cite nie aa...

    BalasPadam
  8. ... terbaek la bro...

    AE dah lama main brunsfield...org skrg br jerk nk jenguk unit tuh... pawer root la bro..

    teruskan mencoret...

    BalasPadam
  9. very inspiring la bro..

    aku dah lama follow blog bro ni banyak dapat ambk ilmu n tunjuk ajar...lama2 semangat tu makin kuat n skrg ngah cari first property aku...

    nice work bro..teruskan..novice2 baru mcm aku perlukan banyak tunjuk ajar dari kau bro..

    BalasPadam
  10. wowow.. satu lagi otai brunsfield ni..

    BalasPadam