Sabtu, 14 Ogos 2010

TQ

Tersenyum aku saat membaca entri En. MatJoe yang bertajuk "Mahal ke RM20?" semalam. Bukan apa isu yang diutarakan oleh En. MatJoe ni pernah dibisikkan kat aku oleh tukang buat ebook aku, saudara Meor Ahmad Shukri sebelum ni semasa kunjungan aku ke rumahnya. Beliau pernah mengingatkan aku tentang pengalaman yang dia alami semasa menjual ebook beliau dan telah meminta aku supaya 'bersedia' dari segi mental dan fizikal tentang akan adanya pendapat dan pandangan yang negatif terhadap ebook-ebook yang akan aku hasilkan nanti dan ianya telah pun terbukti kini. Apa-apa pun aku melihat semuanya dari aspek positif, sebagai pembakar semangat untuk aku menghasilkan lebih banyak ebook di masa hadapan.

Terbayang aku kata-kata En. MatJoe dalam entri beliau yang bunyinya lebih kurang begini "Segala-galanya terpulang pada individu tu sendiri. Mungkin tips dan penjagaan superbike tidak sesuai untuk Kak Ina KL yang mempunyai minat memasak" dan ayat-ayat sebeginilah yang sebenarnya membuatkan aku tak ambil peduli bila jumlah follower atau trafik aku tak sehebat blogger-blogger femes yang lain sebab blog aku ni sebenarnya hanya diikuti oleh mereka yang berminat dengan input yang berkaitan dengan pelaburan hartanah sahaja. Untuk itu, aku seharusnya bersyukur kerana masih ada yang sudi mengikuti blog aku malah ada yang sanggup membeli ebook-ebook aku selama ini. Buat kalian semua, TQ for supporting me. Cuma harapan aku semoga makin ramai orang kita yang akan berani menceburi bidang ini di masa akan datang. Amin..
 
Tips n Thots : Kita takkan dapat puaskan hati semua orang, apa yang kita perlu buat.. redha sahaja dengan apa yang berlaku selagi niat kita baik.

9 ulasan:

  1. betul tu abangensem, kita takkan dapat puaskan hati semua orang....yg penting jangan la kita dengarkan sangat cakap2 orang nie.... jadikan kisah sorang badui,anak dan unta di padang pasir sebagai pedoman........! :-aLCapone-

    BalasPadam
  2. btl2 abangensem, susah nk puaskan ati seme org, cuma kdg2 je kita kene pduli apa yg diperkatakan org krn mungkin ia suatu teguran bguna. kita kene bijak menilai yg mana nasihat, yg mana kata2 tanpa ilmu. good luck

    BalasPadam
  3. saya suka sgt ada ebook ni..kebetulan mmg tgh nak cari umah..abg ensem saya dah place order & dah bayar pun..cepat2 ler reply ye..mekacih 2u jugak, tak kedekut share knowledge, setakat rm20 tu kalo pi psr ramadan kejap je abis..tp ilmu..sepanjang hayat..

    BalasPadam
  4. salam ramadhan..akak tu kena declare la kan kat income tax dia nyer berapa masyukkk.. kalau tak jadi mcm akak redmummy.com LHDN bertamu di rumah..

    BalasPadam
  5. yeah abg ensem. teruskan usaha anda. klu rasa RM20 tu mahal, org tu mmg tak layak nak beli umah pon. setakat rm20, lawyer fees pon tak lepas. so, tayah la abg ensem nak terasa hati. bagi saya, usaha abg ni bagus dan harap abg jangan give up. moga panjang umur dan murah rezeki.

    BalasPadam
  6. sometime its frustrating dgn org kedekut x bertempat

    BalasPadam
  7. Katakan 10 orang yg. beli ebook, dan seorang jer yg kasi feedback negatif. Tak kan nak mengalah kot. Macam mana plak dengan 9 orang lagi pembeli yg kasi feedback yg positif tu...

    Fikikan lah...

    BalasPadam
  8. abgencem buat affiliate lah pulak baru rancak promosi...:)

    BalasPadam
  9. tak baca lagi ebook so xleh byk komen..haha...tp mmg betul laa ayat tue, " Mungkin tips dan penjagaan superbike tidak sesuai untuk Kak Ina KL yang mempunyai minat memasak" haha...

    i think yg paling penting ialah target viewer....kalo ramai yg masuk sini just because of keyword luna maya, alamatnye ramai laa yg stay kejap jer kan.

    + pk positive...kalo aku pun tak leh nak sabar klo org kutuk ebook aku (xde wat ape2 lagi,haha)...

    sekian

    BalasPadam