Jumaat, 13 Ogos 2010

Hobi Masyuk

Terkejut aku beb bila malam Isnin lepas sewaktu aku berkunjung ke rumah seorang blogger yang dulunya bekas seorang pekerja bank tapi la ni hanyalah seorang surirumah sepenuh masa. Apa yang buat aku kagum ialah la ni income blogger yang sorang ni lebih masyuk jika dibandingkan dengan gaji dia masa keje bank dulu. Dah la masyuk keje yang dia buat pulak tu merupakan hobi dia selama ni iaitu memasak.

Yes, hanya melalui blog je beliau mendapat order yang bukan kecik anak tapi mampu untuk duduk kat umah yang jauh lagi besar dari rumah aku.. hehe. Masa aku pegi sesi merasa dan menempah kuih raya hari tu (bukan aku tapi mem aku sebenarnya), sempat jugak la aku bertanya "kak, biasanya berapa balang yang akak biasa buat setiap tahun?". Aku bajet mungkin la dalam 500-600 balang tapi jawapannya agak mengejutkan aku "tak banyak sangatlah Meor, ada la dalam 1,200 balang". Mak aih 1,200 balang tu tak banyak ke? Sempat gak la aku mengira-ngira income kuih raya akak ni time bulan pose ni. Ada la dalam RM35K. Banyak tu beb. Itu baru kuih raya, belum masuk tempahan kek yang setiap hari dia terima dari blog dia. Ada la average dalam 5 biji kek sehari (sebiji kek berharga RM60). Maknanya sehari ada la dalam RM300 dan kalau didarabkan dengan 20 hari dia bekerja = RM6K tu beb. Sedap ke kek dan kuih akak ni? Kalau ikut mem aku, sedap katanya dan kalau ikut aku.. no komen sebab aku tak suka makan kek atau pun kuih raya melainkan rempeyek je.

Selama ni aku tak sangka pulak dari blog boleh buat duit (selain dari income nuffnang) tapi bila nengok akak ni dan juga pengalaman aku jual ebook, barulah aku percaya apa yang ditulis kat suratkhabar atau majalah selama ni memang benar belaka. Bagi aku melalui jualan ebook la aku dapat merealisasikan impian aku untuk membantu golongan yang susah manakala baki selebihnya dapatlah aku put aside dalam UT sebagai simpanan hari tua aku. Pape pun aku patut berterima kasih pada kawan aku, Khir Ariffin yang menjebakkan aku ke alam blogging ni. Kalau tidak sampai sekarang la aku buta I.T.. hehe.

Tips n Thots : Cuba korang bayangkan kalau untung akak tu digunakan untuk membeli rumah, aku rasa dah beranak pinak dah duit dia tu dengan income sewa rumah. Tak gitu?

7 ulasan:

  1. gie ngetest kuih raya mak hanis zalikha ke?
    T_T..
    pasnie mesti encik abang ensem nak jual kuih raya gak...

    BalasPadam
  2. ensem - i thinks its hanis zulaiha blog. org dtg baca coz dia chomel. btw, income dia through advertorial, dan dia mmg ada talent utk menulis. pakej kene adamaa baru leh success in blogging

    btw, dah baca redmummy punya entry pasal dia didatangi lhdn? those yg make lots of money from blogging kene register sebagai syarikat dan kene tax lorrr

    BalasPadam
  3. kene tolak modal dan kos2 berkaitan dulu... tapi jual kuih mmg masyukkkkk... :)

    BalasPadam
  4. hoho, ni msti umah mak hanis zalikha kan ?

    BalasPadam
  5. jual kuih letih beb...
    memang massyuukk.
    penat dia berbaloi la dengan kerja...

    cuma nanti time raya, dia yang happy giler..36k??

    Tuanbri

    BalasPadam
  6. Tanpa NamaOgos 13, 2010

    hampehhh btul laaaaaa..... hobi aku tengok astro TAK masyuk la plak....... nak tukar hobi yg lain pun 2 x 5 jugak.... semuanya perabih berasss jer.....! :-aLCapone-

    BalasPadam
  7. no19/matjoe/lolly : mana tau aku gi umah mak HZ ni??
    tuanbri : letih2 pun janji dia happy & enjoy..
    ctfarazila : betui gak tapi still masyuk gakk..
    - aLCapone - : lu kelakarla bro..

    BalasPadam