Sabtu, 1 Mei 2010

Gerenti takkan kayap..

Dalam entry yang lepas aku dok citer pasal kewajipan zakat yang dikenakan atas income yang kita dapat daripada sewa rumah dan aku tau ramai gak yang samaada terlupa atau 'sengaja' lupa untuk membayarnya tapi pape pun aku dah selesaikan peranan aku sebagai tukang bagitau kat korang semua. Ada gak follower aku yang tanya berapa amaun zakat yang aku bayar tetiap bulan? Alamak.. part yang ni le kalau boleh aku cuba elakkan untuk menjawab sebab kalau boleh biar le aku ngan Tuhan je yang tau. Tapi kalau korang tanya camne cara nak kira zakat, boleh la aku ceritakan serba sedikit kat sini dan contohnya aku amik dari website Lembaga Zakat Selangor. So, kalau korang tak paham, silalah rujuk kat http://www.e-zakat.com.my/.

Katakan la jumlah yang kita dapat untuk 2 bijik umah sewa kita adalah sebanyak RM1K. dan selepas ditolak dengan instalment bank, adalah net balance dalam RM200. Jadik nett balance tu la yang korang kena darabkan dengan 2.5% (peratusan zakat), so jumlah zakat yang korang kena bayar hanyalah sebanyak RM5 sahaja. Amacam.. tak banyak kan dan aku rasa korang takkan jatuh papa pun kalau korang kuar zakat sebanyak tu..


3 ulasan:

  1. bro, aku ingat elok ko tulis buku le. Byk tips berguna yg aku dpt sepanjang aku baca blog ko..

    BalasPadam
  2. Aku suka blog Abg Ensem!! suke3! hahaha...

    BalasPadam