Isnin, 24 Mei 2010

KERAS atau lembut?

Entry ini aku buat selepas aku baca komen dari Encik MatJoe dalam entry aku bertajuk 'Special Entry Buat Encik MatJoe' hari tu. Dia ada kata yang dia prefer ledger statement dia dalam bentuk 'salinan keras' (hardcopy @ buku lejar) berbanding 'salinan lembut' (softcopy @ ledger statement kat dalam komputer) sebab katanya dia malas nak 'on' PC untuk update statement tu. Apa yang dia kata tu memang betul sebab bukan setakat dia, aku pun kekadang tu punya la malas nak tekan suis, lepas tu tunggu system aku upload sebelum aku boleh update. Bukan setakat buang masa tapi kekadang tu buang letrik pun ye sebab once aku dah 'on' PC, bukan lagi update statement.. nak update status fesbuk la, check e-mail la dan macam-macam aktiviti lagi la. End up, ada la 2-3 jam aku guna internet dan kalau diterjemahkan dalam bentuk cost.. maknanya makin bertambah la bil letrik aku.

Tapi, walaupun korang prefer untuk update ledger statement korang tu secara 'salinan keras' (buku lejar la), statement berbentuk 'softcopy' ni pun penting terutamanya waktu korang nak apply loan nanti. Nape boleh jadi camtu? Korang tentu pernah dengar perkataan 'first impression' kan? Kalau korang tau, tentu korang dapat tangkap maksud aku dan kalau korang tak paham, kat sini aku nak bagi contoh kat korang supaya korang senang paham. Contohnya : Masa aku kat 'U' dulu, aku ni antara 'pemuda' yang menjadik rebutan la konon-kononnya. So, ramai la gadis-gadis yang cuba-cuba nak tekel aku termasuklah 'mem' aku. Masing-masing cuba bagi 'impression' yang diorang la yang 'terbaik' untuk aku pilih. Ada yang asyik belanja aku makan, ada yang dok pinjamkan lecture notes kat aku dan tak kurang jugak yang selalu hantar coklat kat aku.. hahaha. Benda-benda ni lah yang aku maksudkan sebagai 'impression' atau cara-cara untuk memikat bagi mendapatkan sesuatu.

Dalam konteks (wah.. perkataan skema) korang nak apply loan, korang kena tau yang ledger statement yang tersusun dan kemas mampu untuk memikat pihak Bank. Kalau korang fotostat 'salinan keras' yang bertulisan tangan, dah tentu-tentu tak begitu menarik perhatian pihak Bank untuk membaca, meneliti dan seterusnya meluluskan pinjaman korang. Kena pulak kalau tulisan korang tu macam cakar ayam, lagi la diorang tak pandang. Sebab tu la korang kena 'come out' dengan 'salinan lembut' untuk diorang proses, at least sejuk la sikit mata bos Bank tu nak 'approve'kan loan korang tu dan aku rasa dalam hati bos Bank tu mesti kata "teliti/professional betul kerja budak ni. Kalau aku bagi loan, mesti dia boleh bayar sebab dia selalu update rekod/statement dia". Akhirnya, senang-senang je loan korang tu diluluskan (kecuali kalau nama korang dah memang di'blacklisted'kan oleh pihak bank).

Kesimpulannya, korang (termasuk Encik MatJoe) buatlah macam aku.. update kedua-dua salinan tak kira la yang keras ke atau yang lembut. Kalau korang malas nak 'on' PC, korang update dulu dalam 'salinan keras' dan seminggu sekali, korang transferkan apa yang korang update kat 'salinan keras' tu ke 'salinan lembut'. Tak gitu? Amacam, best tak cara aku? Tu pasal la sampai sekarang aku takde masaalah nak amik loan dan harap-harap sampai bebila pun Bank akan terus bagi loan kat aku.

P/S : Sssshhhhhhh.... korang jangan citer kat sape-sape pasal cara aku ni. Nanti diorang tau camne aku boleh dapat loan untuk sume rumah aku.

5 ulasan:

  1. puas memikir apa maksud salinan lembut tu.rupanya2 softcopy..hehe

    klu ada soft copy nampak lebih pro..betul2..setuju bab tu..

    BalasPadam
  2. kesian sapa2 yg duk carik ubat kuat..pasal tajuk dia keras atau lembut..haha

    BalasPadam
  3. ok, mengerti, kene ada dua2 laa camnih. thanks

    BalasPadam
  4. Tanpa NamaMei 29, 2010

    yer faham. bila tengok dari perspektik bank baru bleh nampak kesannya...

    BalasPadam
  5. ensem,
    boleh bagi aku softcopy? aku mmg super pemalas bab-bab ni. since kau dah ada, dan juga baik hati, kongsikan aje lah di sini.

    ko bleh tengok email aku kan? ko emelkan je lah...
    kerjasama anda diucapkan terima kasseeyyyy.....

    BalasPadam