Sabtu, 15 Mei 2010

Protege aku dalam dilema..

Bebaru ni, Brader Mil (protege aku yang aku ceritakan dalam entry yang lalu) menelepon aku memberitahu yang dia di dalam dilema nak memilih tenant untuk rumah dia yang baru kosong. Dia kata ada 2 grup datang jumpa dan gi tengok rumah yang dia nak sewakan tu, satu grup jantan dan satu lagi grup student pompuan. Dia kata dia prefer grup pompuan sebab katanya, sonok sikit nak cuci mata bila nak collect sewa nanti (biasala.. orang jantan la katakan..) tapi yang jadik masaalahnya sekarang ialah dia dah janji nak bagi kat grup lelaki tu sewa sebab katanya dia ingat dah takde lagi orang yang nak approach dia lepas grup lelaki tu. Yang tambah mengusutkan dia apabila lepas je dia commit dengan grup budak lelaki tu, ada la pulak grup student pompuan 'cun' yang jumpa dia nak sewa rumah yang sama. Memandangkan yang grup pompuan tu cun-cun belaka, bertambah-tambahlah reluctant dia nak bagi kat grup lelaki tu.

Sebelum aku bagi pendapat aku kat dia, aku pun tanyalah soalan berikut kat dia.. "Masa ko iklankan umah tu, ada tak ko gtau yang ko nak orang pompuan yang jadik tenant ko?" Jawapan yang dia bagi kat aku "terlupa la bro..". Patut pun orang jantan telefon, dah tu mamat ni pulak setuju nak bagi diorang tengok umah. Kalau aku la.. awal-awal lagi aku kata aku nak orang pompuan tapi yang aku nampak ketara sangat silap Brader Mil ni ialah bila dia tak gitau dalam iklan dia yang umah ni untuk orang pompuan je menyewa. Since dia kata nak yang cun, lagi elok kalau dia spesifikkan dalam iklan dia seperti.. "saya cuma memerlukan wanita bujang secantik Maya Karin sahaja untuk menyewa rumah saya ini". Amacam, okey tak?

Selepas berkhutbah panjang, baru la aku suruh dia pikir balik tujuan dia nak bagi sewa iaitu tak lain tak bukan sebab nak dapatkan pasif income dan untuk itu, bagi aku yang paling penting ialah "Ko pilih je la sape-sape yang berkemampuan nak bayar sewa ko tu tak kira la lelaki ke atau pompuan 'cun' ke. Yang penting... masyuk". Betul tak?

Tips : Pastikan korang memilih mereka yang berkemampuan sebagai tenant anda walaupun rupa paras mereka tak secantik Angelina Jolie

3 ulasan: