Jumaat, 7 Mei 2010

Persamaan Akses Internet & Akses Lebuhraya

Korang mesti terkejut dengan entry aku kali ni dan ianya terhasil masa aku tengah drive dari airport nak ke rumah last Tuesday. Sebenar-benarnya aku kagum tengok pembangunan infra satu kawasan yang terletak di antara exit Putrajaya dan exit Putra Height. Mana lagi kalau bukan Saujana Putra.

Aku teringat kat awek opis aku yang mintak advise aku tentang kat mana patut dia beli rumah dan masa dia tanya aku tu pulak, aku tengah menyelak paper Harian Metro. Tak semena-mena aku ternampak iklan rumah single storey kat Saujana Putra yang berharga dalam lingkungan RM130K++ je (developernya XXX). Terus aku gtau awek opis aku tu "ko beli je rumah ni. Kalau ko tak nak duduk pun aku gerenti ko boleh buat duit lepas rumah tu siap. So, untungnya nanti boleh le ko buat downpayment untuk rumah yang lain". Lepas tu pandai le pulak awek tu menjawab "orang kata tempat tu banyak umah terbengkalai. Lokasi dia tak bagus sangat. Jauh pulak tu..". Aku cakap balik "yang terbengkalai tu developernya ialah XXXXX, bukannya developer ni. Kalo sebab jauh.. percaya le, bila siap je exit highway ke situ.. mesti naik punya harganya". "Tak nak la aku, karang ko kencing aku naya je. Kalo betui nape ko tak beli" duga awek tu lagi. "Ala yong, bukan aku tak nak beli tapi aku cuma concentrate area Shah Alam je lagipun aku bukannya nak carik umah untuk duduk cam ko. Kalo ko tak caya.. terpulang le. Aku cuma bagi opinion je" balas aku sambil tersengih ensem sambil hati aku berkata.."Ko tengok le nanti betul ke tak apa yang aku cakap ni".

Selang 6 bulan lepas tu, awek tu datang balik jumpa aku sambil menunjukkan kertas iklan untuk projek yang sama tapi dengan harga yang berlainan.." Betul la ko kata. Harga rumah tu sekarang dah naik jadik RM160K. Kalo aku beli ari tu, mesti aku untung punye tapi camne ko boleh tau ek?". "Ala.. see my leg la.. hahaha lagipun orang yang nak beli rumah ni sebenarnya sama je macam orang yang nak subscribe internet. Kalo orang subscribe internet sebab nak kelajuan speednya, camtu jugak le dengan rumah. Salah satu faktor yang orang tengok masa nak beli rumah ialah nakkan kawasan yang dekat dengan akses keluar ke highway yang boleh me'laju'kan diorang ke destinasi yang dituju" jawab aku dengan nada sombong dan bila aku tengok hari Selasa hari tu, memang betul la telahan aku sebab akses ke kawasan tu dah pun siap dan tak mustahil yang harganya akan terus naik.. melebihi harganya sekarang.

1 ulasan:

  1. owh..tapi takde cerita tntg internet pun..hehe..
    mensrik ni, satu lagi info baru.. =)

    BalasPadam