Sabtu, 22 Mei 2010

Hampir2 ternoda..

Jam baru pukul 12.18 tgh malam. Aku yang tengah melayan 'Nightline News' kat TV3, tetiba dikejutkan dengan panggilan dari penyewa aku, Lisa (bukan nama sebenar). "Assalamualaikum, ada apa hal kol abang memalam buta ni?" bicara manis yang terkeluar dari mulutku waktu tu. "Abang boleh datang ke rumah tak sekarang. Ada emergency.." bunyi cemas yang kedengaran dibalik corong henponku. "Kenapa? Dah lewat dah ni, esok je lah abang datang.." jawabku. "Tak boleh bang. Abang kena datang malam ni jugak. Saya dah tak tau sape lagi nak mintak tolong" balas si Lisa. "Cuba citer sikit kat abang, kenapa?" soalku lagi. "Abang datang dulu baru saya cerita"..balasnya. "Oklah..abang datang sekarang" jawabku 'lemah'. Nasib baik time tu bini aku dah tido, so takdela sesi soal jawab dari 'mem' aku berlaku. Almaklumlah, dapat laki ensem macam aku ni, mesti le 'mem' nak kena pantau selalu.. hehe.

Selang 18 minit, aku dah pun berada kat depan pintu rumah sewaku dan sebelum aku sempat mengetuk, si Lisa ni dah tercegat kat depan pintu tu. "Tenkiu bang sebab susah payah datang malam-malam buta ni. Jemputle masuk.." pelawa si Lisa ni. Aku yang terpempan depan pintu memerhatikan keanggunan Lisa yang hanya berbaju kelawar sempat berkata.. "Kat sini je cukup la. Tak manis 'bapa teruna' macam saya ni masuk umah 'anak dara' memalam camni. Nanti takut neighbour2 sebelah jeles pulak" jawab aku dengan nada kelakar. "Ala bang, la ni tengah cuti semester. Neighbour semua balik kampung. Mai la masuk. Takkan dah tak sudi kot" jawabnya sambil menguntum senyuman ala-ala Lisa Surihani. Nak tak nak terpaksalah aku masuk jugak. Sambil kaki melangkah, mulut ringan pulak bertanya "Lisa sorang je ke? Bebudak lain mana?". "Kan saya dah kata yang lain semua dah balik cuti. Yang ada cuma saya dengan Julia je (juga bukan nama sebenar). Sebab takde budak-budak lain la saya nak sangat abang datang" goda si Lisa ni.

"Apasal abang duduk kat kerusi? Meh la ikut saya masuk bilik. Ada benda yang saya nak tunjukkan kat abang" tutur manja si Lisa ni dengan raut wajah cemas. Dan dan tu peluh jantan aku meleleh kat dahi sambil dalam hati berkata "habih le aku malam ni.. Kalau ada JAIS datang mau kantoi aku". Dengan nada 'semput' aku cuba menolak tapi dalam hati "mana ada kucing nak tolak ikan walaupun kucing umah aku tak makan ikan". "Cepat le bang.." dengus si Lisa dari balik pintu. Aku yang dalam keadaan terpaksa.. hehe, menolak daun pintu dan satu pandangan yang tak dapat aku gambarkan terpampang kat depan mataku.

"Sape kopak pintu bilik air kat bawah tu?" soal aku dan sayup-sayup aku dengar suara si Julia dari dalam bilik air tu.."Bang, tolong bukakkan pintu ni. Saya dah terkunci dari pukul 10 tadi. Dah nak lemas dok kat dalam ni". Aku pun apalagi dengan 'macho'nya berkata "korang tunggu kejap, abang nak turun bawah amik 'tool box' abang kat dalam kete". Setelah berhempas pulas mengorek dan menjolok tombol pintu tu, akhirnya si Julia ni berjaya aku selamatkan dan bila semuanya dah settle, slow-slow aku bertanya "Nape Lisa tak gitau awal-awal kat abang yang Julia terkunci kat dalam bilik air?". Si Julia pulak mencelah.. "Kami takut abang marahkan kami sebab kopakkan pintu bilik air..". Aku cuma mampu berkata "Laaa.. abang takde hal punya, yang penting korang selamat. Esok abang panggil orang gantikan pintu tu" sambil dalam hati aku berkata "Nasib baik aku tak terNODA malam ni.. hehehe".

So, moral of the story buat korang semua :
  1. Jangan berperasangka burok dengan penyewa korang ;
  2. Pastikan TOOL BOX KIT sentiasa ada kat dalam kete korang untuk menghadapi saat-saat macam kat atas tu ;
  3. Cuba nasihatkan tenant korang jangan mandi lewat malam takut kejadian seperti kat atas terjadi kat korang pulak..


PROMO :


'MY 1ST eBOOK TO BE LAUNCHED SOON'

Bagi korang yang nak tau banyak lagi TIPS dan cerita dari aku, nantikan kemunculan eBuku aku yang pertama bertajuk... RAHSIA JUTAWAN HARTANAH TERBONGKAR tidak lama lagi. Pastikan korang tak habiskan duit gaji korang bulan ni untuk membelinya...

6 ulasan:

  1. fuh, nasib baik bang, igtkan hampir di noda betul2.. Kena JAIS dtg, tak ke haru..hehe
    nk kuar ebook ye bang, cam best je

    BalasPadam
  2. hahaha... terbayang cerita2 seks melayu bila baca entry ko nih...:)anyway content blog ko nih menarik... keep it up!

    BalasPadam
  3. bole bikin nobel baru ni.. sambil2 keluar ebook tu.. cam menarik je.. nak sambar satu ler kalau fizikal produk.. sent ler kat kita ni bole buat review sikit..

    BalasPadam
  4. lisa ni buat suspen je laaa...haiyaa..berpeluh dah ni...

    BalasPadam
  5. dengus tu yg x leh blah.. haha.. lawak2..

    BalasPadam