Rabu, 19 Mei 2010

Akaun Khas & 'Ledger Book'

Setelah jenuh merepek dalam 2 entri yang lalu, kali ni aku ingat nak tulis tentang 2 benda yang amat-amat penting bila korang nak melabur dalam pasaran hartanah. 2 benda yang aku maksudkan tu adalah :
  1. akaun bank yang dibuka khas untuk pelaburan hartanah korang ;
  2. 'ledger book' yang akan merekodkan setiap transaksi pelaburan korang.

Kenapa aku katakan 2 benda ni penting? Sebabnya korang boleh tahu samaada pelaburan korang tu berbaloi atau tidak. Camne pulak boleh jadik cenggitu? Sebelum aku 'explain further', perlu diingatkan bahawa akaun bank yang korang bukak ni jangan le pulak dicampur-adukkan dengan 'income-income' lain sebab nanti payah korang nak 'differentiate/monitor' untung ruginya pelaburan korang. Untuk pengetahuan korang, dengan mengkhususkan kepada satu akaun je, ianya dapat menjadi 'penanda aras' (wah.. ayat orang politik) tentang perjalanan aliran tunai (cashflow) korang dan setiap transaksi yang ada kat dalam tu samaada debit atau kredit, bolehlah disimpulkan samaada 'cashflow' korang tu positif atau pun negatif. Kalau positif tu kira okla tapi kalau dah negatif, korang kena la buat 'post mortem' balik tentang cara dan kaedah pelaburan korang tu. Mungkin ada benda-benda tak betul yang korang dah buat.

Bercerita tentang 'ledger book' atau buku lejar pulak, ianya penting kerana melaluinya korang akan dapat membuat perbandingan dan mengenal pasti secara terperinci tentang setiap transaksi debit atau kredit yang ada pada akaun tu. Kalau korang perasan di dalam bank statement korang, yang ada cuma 3 'column' je iaitu debit column (duit keluar), credit column (duit masuk) dan juga baki (o/s balance column) dan dengan adanya buku lejar ni, dapatlah korang tahu ke mana korang dah belanjakan duit pelaburan korang tu. Kalau takat seminggu dua, mungkin korang boleh ingat lagi duit tu keluar sebab apa tapi kalau dah makan 5 - 6 bulan, aku berani 'bet' yang korang mesti dah lupa punya. End up, korang akan kata 'tak berbaloi le invest dalam property ni sedangkan korang sendiri yang tak tau nak manage pelaburan korang tu.

Satu lagi sebab kenapa kedua-dua benda ni (akaun khas & buku lejar) amat aku titikberatkan, tak lain tak bukan sebagai 'bahan bukti' yang korang boleh tunjukkan kepada pihak bank yang korang ada 'side (passive) income' tetiap bulan. So, ini akan menguatkan lagi kemampuan kewangan korang bila korang nak 'apply' apa-apa loan dan kalau korang nak tau, itulah antara rahsia kenapa aku masih boleh dapat loan walaupun dah ada 14 bijik rumah.





Nota Kaki : Kalau korang terer guna EXCEL, korang buat la buku lejar korang tu guna komputer. Tak yah la korang rekod manually macam gambar yang kat atas tu. Tak profesional langsung.

3 ulasan:

  1. Pakai ledger tulis tangan la professional bro, skil tahap tinggi tu. Kalo bole renjis air basuh tangan skali..hehe

    BalasPadam
  2. salam abang ensem. wow. hebat. aku suka baca entry ni. kalau boleh mintak tuan tanah bagi bagi contoh apa yg terkandung dalam buku tu ledger tu. (maybe snapshot 1 mukasurat penuh one of the ledger, sensored laa apa yg patut)

    kalau you ada 14 rumah, meaning u ada 14 akaun khas dan 14 ledger ker?

    BalasPadam
  3. 14 akaun? bank mana nak buat tu?
    bukan ada limit untuk setiap bank, berapa akaun kita boleh bukak ?

    CIMB- rasanya cuma 5 sahaja.
    MBB - siapa tahu ?

    http://tuanbri.com

    BalasPadam