Selasa, 11 Mei 2010

Aku tak nak jadi kaya tapi..

Sabtu lepas masa aku dok jalan gi BRSC, aku tak melepaskan peluang masuk ke kedai feberet aku, apalagi kalau bukan MPH & Popular Bookstore. Kagum gak aku sebab dalam masa 2 minggu since my last visitation ke kedai-kedai buku ni, aku tengok makin banyak buku-buku karangan orang Malaysia kita ni tapi yang tak berapa seronoknya bila aku tengok, mostly dengan tajuk camne nak buat duit @ nak jadik kaya. Takde ke tajuk lain.. tapi aku pun tak boleh nak salahkan diorang sebab memang dah jadi impian kita semua untuk jadi kaya sebab kalau kita kaya, kita tak payah nak ngadap muka dan kerenah bos dan customer kita tetiap hari. Betul tak? Selain daripada tu, orang nak jadi kaya sebab nak beli kete PORSCH, umah yang ada PORCH besar dan juga nak cari bini yang secantik POSH (ala yg kawen dengan David Beckham tu). Bagi yang skema sikit, alasan diorang nak kaya tak lain tak bukan sebab nak tolong orang susah. Kata diorang "kalau miskin, camne nak tolong". Ye ke? Tapi aku rasa la, bila aku tanya soalan ni mesti terkebil-kebil korang nak jawab kan.. "Berapa banyak duit yang korang rasa cukup untuk jadik kaya?"

Kalau korang tanya aku la, jawapan aku hanyalah "aku tak nak jadik kaya tapi aku nak hidup tanpa beban kewangan (hutang)". Maknanya kalau aku diberhentikan kerja esok, aku tak risau sebab 'pasif income' yang aku dapat tetiap bulan mampu untuk 'cover' expenses family aku sekarang. Kiranya 'pasif income' tu boleh replace 'salary' aku la. Lagi satu aku takut bila aku kaya nanti aku akan jadik lupa diri. Maklumla kalau dah pakai Porsch, dah tu pulak muka 'perasan ensem', dah tentu-tentu la aku nak pikat awek yang paling tidak pun ala-ala Lisa Surihani. Takkan le aku nak naik kete Porsch tu sorang-sorang dan kalau aku dah ada awek nanti, kesian le pulak kat bini ngan anak-anak aku nanti sebab terpaksa berkongsi kasih dengan awek aku tu. Tak ke lupa diri namanya. So, tak yah le nak kaya sangat janji ada 'financial freedom' pun dah cukup. What say you all?

7 ulasan:

  1. yup setuju.Hidup tanpa beban hutang adalah sgt membahagiakan.

    BalasPadam
  2. financial freedom? hmm..btul jugak tu..mmg itu yg dicari2 sebenarnya.. tapi bila dah jutawan tu bukan lagi financial freedom..terlebih2 fresom dah..hehe

    BalasPadam
  3. janji cukup makan pakai pun dah kira ok..

    BalasPadam
  4. yup... betol tu... biar freedom... jangan berhutang...





    Ade sesuatu untuk awak disini
    >> Cara cute tunjukkan mood anda pada pengunjung blog

    BalasPadam
  5. visi yang hebat..kaya biar kaya yang real..hutang bawak sampai mati tu..

    BalasPadam
  6. yup2...
    hidup simple tanpa hutang...=)

    BalasPadam
  7. kalau dah 'financial freedom'..tu bukan dah dikira kaya ka

    Latest Entri : Komen Puaka

    BalasPadam