Ahad, 9 Mei 2010

Duit Lagi...

"Bro, gua ingat gua malas la nak beli rumah bebanyak macam lu. Rumah yang sedia ada ni pun banyak yang gua nak kena bayar." - Zack

"Aik.. hari tu berkobar-kobar kata nak follow macam aku. Apa yang ko kata banyak sangat nak kena bayar tu?" - AE

"Semalam gua dapat surat dari bank suruh bayar 'fire insurance'. Banyak gak kena bayar. Itu baru satu kalau ada 10 buah rumah, mampus gua. Hari tu lu tak citer pun bab-bab insurans ni, gua ingat takat yang bayar insurans hok memula tu je (MRTA)" - Zack

"Laa.. kan aku dah cakap MRTA dengan 'fire insurance' tu lain-lain jenisnya. MRTA ni gunanya untuk 'cover' loan ko kalau ada kematian maknanya 'insurance company' akan bayar seluruh pinjaman ko kalau ko 'padam' tapi yang 'fire' ni pula kalau terjadi kebakaran je baru insurance company 'cover'. MRTA pulak ko kena bayar sekali je masa memula buat loan dan bank pulak boleh 'absorb' benda ni masuk dalam loan ko tu manakala 'fire insurance ni ko kena bayar tetiap tahun dengan duit ko sendiri melainkan kalau ko konfiden yang rumah ko takkan terbakar, baru le ko tak payah bayar. Lagipun takat rumah bawah RM100K, paling kuat pun ko kena bayar dalam RM110 je setahun. Kalau bahagi dengan 12 bulan, baru dalam tak sampai RM10 sebulan. Itu yang ko kata banyak?" - AE

"Saje je bro. Jangan le marah.. hehehe" - Zack

Tiada ulasan:

Catat Komen