Khamis, 20 Mei 2010

Special Entry Buat Encik MatJoe


'Bank Statement'


'Ledger Statement'

Terkedu aku bila Encik MatJoe komen dan mintak contoh dalam entry aku yang lepas. Bukan apa, bila je aku masuk blog dia, www.matjoe.com rupa-rupanya mamat ni lagi terer dalam bidang invest-menginvest ni jika dibandingkan dengan aku.. tapi takpe lah untuk tidak menghampakan beliau, kat sini aku nak sambunglah sikit benda-benda yang dia tanya tu. Mungkin dia dan korang yang tak berapa paham tentang konsep akaun khas dan ledger book aku tu akan mendapat manafaat dari entry khas yang aku buat untuk mamat engineer nih.

Kalau korang peratikan betul-betul gambar yang aku attachkan kat atas tu, mesti korang paham apa kaitan antara 2 benda tu iaitu bank statement dan ledger statement aku tu. Kalau kat bank statement tu ada amaun RM370 kat bahagian debit dan bila korang tengok kat ledger statement tu, mesti korang tau yang amaun tu aku keluarkan untuk bayar instalment bank rumah sewa aku. Buat Encik MatJoe, akaun khas dan ledger book aku ni terpaksa aku gabungkan demi memastikan 'printing cost' aku berada dalam keadaan terkawal. Bukan tak boleh kalau Encik MatJoe nak buat 1 rumah 1 akaun/ledger book, tapi takut bila nak submit application kat bank nanti, banyak sangat statement yang nak kena fotostat dan alamatnya banyak la lagi duit yang Encik MatJoe nak kena keluarkan untuk fotostat mende-mende tu. So, eloklah di'combine'kan semuanya di dalam satu akaun/ledger book tapi apa-apa pun yang penting korang paham dengan apa yang korang catitkan tu..

p/s : Jangan la pulak korang gelak kalo nengok ledger statement aku tu sebab aku cuma tau guna microsoft word je untuk buat table tu. Itu pun nasib baik le Brader Mil tolong ajar aku.. kalau tidak, sampai sekarang aku dok tulih kat buku lejar.

4 ulasan:

  1. salam abg ensem - thanks. actually aku suka jugak share hal2 yang aku tahu dalam investment. yer laa sharing is caring. tp mana terrer sangat, biasa2 jer. Mmg aku tak penah ada ledger pun, that why aku tanya n aku nak praktikkan.

    pada aku soft copy ni mcm tak best koz kau kene on pc. mmg better ada hard copy.

    seriously thanks buat satu entry utk menjawab soalan aku. Aku pun ada buat entry utk jawab soalan dari reader aku.

    BalasPadam
  2. ye la abang ensem. aku pon confuse gak memula macam matjoe. dah baca entry ni baru phm. thanx a lot bro!

    BalasPadam
  3. MatJoe : aku akan jawab soalan soft & hardcopy tu dalam entry akan datang. Sabar ye..

    BalasPadam
  4. tuan,

    tumpang tanye sikit.

    bank memang terima ke ledger yg kite buat sendiri? ke memang kene pair kan dengan bank account statement?

    salam perkenalan.

    BalasPadam