Ahad, 11 Julai 2010

101 Followers? Biar Betul..

Beb, biar betul follower aku dah lebih 100 orang. Macam tak caya pun ada. Almaklumlah aku ni takde la se'cantik' Hanis Zalikha, blogger femes tu dan tak jugak se'comel' Miss Lolly, blogger yang paling aku minat (orang dan juga entrinya *gatal jugak aku ni*). Aku pun tak de la se'rajin' Ben Ashaari, yang dok update blog dia setiap minit dan aku pun tak se'vogue' redmummy, yang senantiasa mendapat sponsor dari company-company besar. Apa yang aku ada hanyalah nama blog (abangensem) yang dibenci oleh hampir semua orang kat alam maya ni sampaikan di awal kemunculan aku dulu, ada sorang blogger (SHY[L]A) yang siap kutuk aku tu tapi nak buat cemana inilah satu-satunya cara aku nak tarik perhatian orang untuk masuk blog aku ni. Bak kata kawan aku, nama 'abangensem' ni macam ROKOK, orang tahu benda ni tak elok tapi orang hisap jugak.. hahaha.

Kenapa aku perlu tarik attention dari mereka yang ada di alam maya ni? Tak lain tak bukan sebab aku nak berkongsi ilmu aku dengan diorang especially berkaitan dengan property investment. Bukan apa seboleh-bolehnya aku nak bangsa aku duduk sama tinggi dan berdiri sama rendah dengan bangsa lain. Sori aku terbalik kan ayat tu sebab aku ni jenis yang tak cukup tinggi bila berdiri. Nampaknya cara aku ni tampak berhasil bila follower aku makin bertambah dari sehari ke sehari dan juga dengan jumlah trafik yang telah mencecah ratusan orang setiap hari. Semua ini takkan terhasil tanpa sokongan blogger-blogger berikut yang banyak membantu mempromosikan blog aku ni. Untuk itu, thanx a lot to the following bloggers dan kalau korang (reader aku) banyak masa terluang, rajin-rajin la jenguk ke blog diorang ni  :

Harapan aku supaya makin bertambah lagi la bangsa aku yang akan menaikkan ekonomi orang kita supaya tidak akan terus menjadi 'melukut di tepi gantang' (bangsa yang terlalu bergantung kepada bangsa lain untuk survive) dan ucapan sorry aku kat korang sebab terpaksa menyelitkan entri ini selepas aku sibuk uar-uarkan tentang cara nak menggandakan duit dalam entri aku yang lepas. Buat follower aku yang ke 100, Encik Ahmad Firdaus tolong e-mailkan aku e-mail address ko ke bfe291@gmail.com sebab i've got sumthin' for you as a token of appreciation.

10 ulasan:

  1. haha..saye nak jadi org ke 102 lah!

    BalasPadam
  2. kalau tak diri sendiri kata kita hensem, saper lagi kan.. hehehe...

    byw, terima kasih atas referral link tu
    :)

    BalasPadam
  3. tahniah..btw no.100 je dpt token ke..xaci..nak jugak..hahaha

    thanks for sharing those tips & thoughts..moga bertambah2 lagi le ensemnyerrr..amin

    BalasPadam
  4. abangemsem kena bagi token kat semua 101 follower....sebab kalau tak de follower yg no 1 atau 5 atau 35, maka tak akan jadi 101....Betul tak...? P/S: Orang2 yg rajin bagi komen tak dapat apa2 ker...? :-aLCapone-

    BalasPadam
  5. wahhhh abangensem..akulah orgnye..token pe tuhh?? haha..

    BalasPadam
  6. emmm yg mntak kau kuar entri gandakan wang tue xdpt gak ke heheheheh....aku tgu ur entri pasal tue bro

    BalasPadam
  7. - alCapone - : Kalo ko atau yg lenlain tau apa aku yang aku bagi kat firdaus, mesti ko nyumpah aku. 'Sekeping gambo aku yang paling fotogenik dengan pose yang paling ensem'. Aku rasa firdaus pun mesti nyumpah aku gak sekarang.. hahaha

    BalasPadam
  8. token buat main game, daytona.

    ensem, tarak hal, blog ngko mmg berguna, ngko mmg pure investment hartanah.

    BalasPadam
  9. terbaikk la token ni..thanks abangensem..

    BalasPadam
  10. Walaupun nama annoying, tapi blog kamu banyak info dan tak boring. haha jgn mara okey.. ;p

    PS: ive link ya blog!

    BalasPadam