Sabtu, 31 Julai 2010

Nasib Baik Aku Tak Lupa..

Masa aku browse komen-komen korang dalam entri aku yang lepas-lepas (tak semua), tetiba aku teringat janji aku kat Mr METAL untuk menceritakan projek apa yang member aku, Man Kuala boleh untung sampai RM45K dalam masa 2 tahun. Mungkin korang rasa RM45K tu sikit tapi bagi orang yang baru 1st time beli dan jual umah, amaun tu akan membolehkan dia untuk kahwin satu lagi. Tak gitu follower-follower lelaki aku? Tapi aku yakin yang korang takkan simply nak invest duit tu untuk 2nd marriage kan?

Bercerita tentang rumah yang Man Kuala untung tu, letaknya bersebelahan dengan Klang Sentral dan berhadapan dengan Bandar Setia Alam. Mana lagi kalau tak Bandar Bukit Raja yang dibangunkan oleh Sime UEP. Mamat tu bukannya beli 2-storey atau pun semi-d tapi sekadar single storey (end lot). Harganya pulak dalam lingkungan RM185K. Murah kan time tu jika dibandingkan dengan lokasinya yang strategik. Dah la highway bersimpang siur kat kelilingnya dan jalan kat area tu sendiri pun dah jadi 4 lorong. Macamana aku tak kata strategik. 

Namun pada awal tahun lepas, mamat ni kata tak rasa macam nak duduk situ. Al-maklumlah memember ngeteh dia ramai yang bermastautin kat Shah Alam. Nak tak nak di 'let go'nya rumah tu melalui ejen yang aku introducekan. End up the new buyer agreed to bought that house for RM230K. Apa lagi, melompat sakan la Man Kuala sambil menjanjikan sesi karaoke untuk aku dan kengkawan aku plus awek/marka/gadis yang boleh dijadikan partner duet kitorang tapi sampai sekarang janji tinggal janji.. hahaha. Apa yang aku dapat dari Man Kuala hanyalah segelas  teh tarik mamak. Takpe la yang penting dia akan ingat kat aku bila dia tengok duit berkepok kat dalam akaun dia tu. Korang bila pulak nak belanja aku karaoke ni? Asyik amik tips aku je, sekali sekala open table la pulak untuk aku.. hahaha gurau je.

Tips n Thots : Kalau nak beli rumah baru, kena pastikan samaada developer tu reputable ke atau tidak?

2 ulasan:

  1. Tanpa NamaJulai 31, 2010

    trend skrang nie banyak "reputable developer" bila buat projek baru guna mana subsidiary.... kadang2 projeck tu adalah 1st projek utk kompeni subsidiary tu.....apa komen abangensem......? :-aLCapone-

    BalasPadam
  2. aLCapone : Kalo camtu kita kena tengok main company dia. Strong ke tidak..

    BalasPadam