Khamis, 29 Julai 2010

Bila Nak Buat?

Korang dah sedia maklum yang salah satu cara aku mendapatkan loan untuk rumah-rumah aku ialah dengan cara mencagarkan sijil simpanan tetap atau dalam bahasa inggerisnya, fixed deposit (FD) dan ada yang bertanya "Waktu bilakah sepatutnya FD itu dibuat? Sebelum, semasa atau selepas permohonan?".

Kat sini aku nak bagitau, jangan gatal-gatal nak buat FD tu sebelum ayat-ayat berikut keluar dari mulut bank officer "Nampak gaya macam susah je nak lulus loan encik/cik ni sebab loan encik/cik dah banyak sangat. Hutang kad kredit pun semua dah maksimum. Belum masuk personal loan dan OD limit encik/cik yang dah maksimum tu. Macamana saya nak rekemen kat bos saya ni?". Masa ni korang dah tak payah tanya kenapa sebaliknya nyanyikanlah ayat-ayat berikut kat bank officer tu "Apa kata kalau saya letakkan atau pledgekan FD yang amaunnya bersamaan dengan 6/12/18/24 bulan instalment. Agak-agak ada harapan tak loan saya ni?", tapi korang jangan buat FD tu dulu sebaliknya tunggu sampai loan tu dah lulus dan ketika korang sign letter offer, barulah korang gi buat FD tu. Amacam, ada soalan-soalan lain lagi tak sebelum aku buat entri lain?

Tips n Thots : Gunakan cara ni bila dah takde harapan lain lagi tapi korang kena make sure yang rekod CCRIS korang tu 'cantik'.

8 ulasan:

  1. oooo mcm tu trik die...hihi bagus2..thank u very much...bile nk kua ebook no 2 nie =p

    BalasPadam
  2. pernah tanya kat makcik banker teknik nih...
    tapi dia reply kena FD 50% dari loan amount...
    mamsss laa itu macam

    OrgPening

    BalasPadam
  3. rasa macam kurang boleh je kalau lepas permohonan loan lulus, baru kita patut apply FD ni, takkan banker tu kasi wat camtu ~konfius

    atau kena kautin dulu dengan banker bila dah lulus loan kita akan bukak FD

    ~metal~

    BalasPadam
  4. bro aku jd comfius....klu bank tue nk tgk fd 2 dulu mcmne?Ke just nak tahu loan kita dpt ke melalui cara tue?

    BalasPadam
  5. aku rasa, klu dah camtu, bank tu akan letak special clause dalam letter of offer dia nanti... huhu

    BalasPadam
  6. aku pun jadi konpius sebab timing buka FD tak ngam dgn logik akal aku nie..... kalau loan dah approved kenapa pula baru nak kena "pleadge" FD..... atau bank akan cancel balik loan tu kalau kita tak jadi buka FD.....? :-aLCapone-

    BalasPadam
  7. kalau monthly 700....12 bulan kena buat 8.4K FD ye

    BalasPadam