Sabtu, 10 Julai 2010

Duit Bukan Untuk Disimpan (Part 1)

Ramai yang tertanya-tanya macamana aku boleh ada modal untuk beli banyak rumah. Ada yang kata aku ni anak orang kaya, ada yang kata aku ni kaki 'pau' orang dan tak kurang juga yang kata aku dok bisnes jual dadah.. hahaha. Bukan setakat korang je yang heran, aku pun kekadang tu musykil gak dari mana aku dapat duit nak beli semua rumah yang aku ada sekarang. Kalau difikir-fikirkan balik macam tak logik pun ada. Mana taknya, kalau nak beli sebijik rumah low-cost, busuk-busuk pun kena ada dalam RM10K upfront sebagai bayaran untuk downpayment, legal fees, valuation fees dan 1001 macam fees lagi. Kalau dah 14 buah, tak ke nak kena ada dalam RM140K. Banyak tu..



Itulah yang ramai orang dok fikir tentang ke'logik'an aku memiliki 14 buah rumah tanpa menggunakan banyak modal dan cara aku fikir dulu pun macam korang jugak sampailah sorang mamat ni yang berkata kat aku "Duit bukan untuk disimpan tapi untuk dilabur" dan atas nasihat mamat tu, aku tak lagi buat saving tetiap bulan sebaliknya aku mula laburkan duit aku untuk menggandakan lagi apa yang aku ada. Bila duit dah berganda, modal bukan lagi masaalah bagi aku ditambahkan lagi bila mana aku dapat tau yang beli rumah tak semestinya kena pakai duit, lagila bertambah-tambah rumah yang aku miliki. Mesti korang nak tau kemana aku laburkan duit aku kan? So, untuk tidak menghampakan korang especially brader parang, akan aku ceritakan dari mana sumber modal aku dan ke mana aku laburkan modal aku tu cuma korang kena pastikan untuk terus follow entri aku yang berikutnya.



Tips n Thots : Pastikan korang ada duit untuk dilaburkan sebelum ikut cara aku.

4 ulasan:

  1. wa...best nih...next chapter pls :)

    BalasPadam
  2. heheheheheheh bgus bro masuk cpt2 skit....sbb aku nk compare cara kau plak hehehehehehheeheh

    BalasPadam
  3. best aa.. tak sabar nak tunggu entri seterusnya..

    BalasPadam
  4. INGAT!!! walaupun entry nie pasal "duit bukan untuk disimpan", tapi kita kena ada sikit duit simpanan....abangensem pun tiap2 minggu ke-2 p usha2 awek2 bank masa p simpan duit kat ASB kan!...apa yang penting kita kena buat 'duit2 kita tu bekerja keras utk kita DAN BUKAN kita yg terpaksa bekerja keras utk duit2 kita tu...! :-aLCapone-

    BalasPadam