Rabu, 21 Julai 2010

Beli Rumah Dapat Duit..

Korang mesti ingat kat Man Kuala yang aku panggil 'mangkuk' dalam entri lepas kan? Untuk pengetahuan korang akhirnya member aku ni jadik jugak beli umah yang aku rekemenkan kat Seksyen 10 tu. Walaupun aku tak dapat komisyen dari hasil jualan umah tu tapi sekurang-kurangnya aku boleh jadikan mamat ni sebagai bahan eksperimen aku untuk konsep beli rumah tanpa keluar duit yang aku dok selalu uar-uarkan kat blog ni dan korang nak tau tak apa hasilnya dari eksperimen aku ni?

Man Kuala terkedu sebab bukan setakat tak keluar duit malah dia dapat extra RM6K lagik untuk dijadikan duit nak bayar lawyer dan ayat aku kat dia petang semalam "Hahaha.. kan aku dah cakap, ko lagi mau ragu-ragu dengan tutur bicaraku. Ko ingat aku nak kencing ko ke? Bab-bab lain boleh la aku kencing tapi bukan bab duit la bro. Ko tengok dah la ko jual rumah dulu ada untung RM45K, bila ko beli rumah ni pulak ko dapat lagik RM6K. Tak ke untung namanya". Brader yang terkedu tu sempat menjawab "Betul la bro, patut le ko boleh beli banyak rumah. Kalo camni gayanya senang le aku nak jadik kaya.. hahaha" ngilai si Man Kuala dengan nada bongkaknya. Korang nak tau camne si Man Kuala ni boleh dapat RM6K? Sila lihat summary 'case study'nya kat bawah ni :

Harga Jualan Rumah : RM255K
Harga Pasaran & SNP : RM290K
Jumlah Pinjaman : RM261K (90% daripada harga SNP)

Oleh itu, Jumlah Pinjaman - Harga Jualan => RM261K-RM255K = RM6K extra

P/S : Amacam, korang faham tak? Kalau tak faham, korang kenalah nantikan ebook yang aku tengah dok karangkan bertajuk "Siapa Kata Beli Rumah Kena Pakai Duit". Korang doa-doakan le aku rajin mengarang sebab makin hari makin malas pulak rasanya.. hehe.

Tips n Thots : Kalau korang nak copycat cara aku ni, korang kena make sure rumah yang korang akan beli tu below market value.

6 ulasan:

  1. provided harga pasaran lebih dari harga beli. or else kene laa pakai duit sendiri

    BalasPadam
  2. boleh citer tak yg rumah jual dapat untung 45K tu? byk untung tu...area mana? he he, tq - metal-

    BalasPadam
  3. nak cari rumah bawah MV tu la yg jadi problem #1.
    Lepas tu problem #2 nak dapatkan loan dari bank.... macam2 bank mintak... abang ensem ada tak formula cam mana bank kira brapa maximum bank boleh bagi kita loan....? :-aLCapone-

    BalasPadam
  4. metal & al Capone : Nantikan entri aku untuk menjawab soalan korang tu (tapi lambat sikit la)

    BalasPadam
  5. nk cari rumah under MV mana nk dpt bro..
    semua bro sapu.. smpi dh nk wat ebook..

    BalasPadam
  6. diraja : betul jugak statement bro tu.. hahaha. TQ for d comment. aku akan stop hari ni jugak supaya bro boleh sapu yang lain..

    BalasPadam