Jumaat, 9 Julai 2010

Generasi ke 2

"Bro, lu kencing kuat la. Kalau umur dah 55, camna aku nak refinance balik rumah aku?" komen member aku selepas je dia baca entri aku semalam dan pertanyaan dia tu nampaknya disokong oleh Encik MatJoe dalam ruangan komen semalam. Aku tak nafikan apa yang dia cakap tu betul tapi aku takkan kata apa yang aku tulis tu tipu belaka sebab ada caranya untuk korang refinance balik rumah korang tu walaupun usia korang dah masuk usia pencen. Malah, cara yang akan aku bagitau nanti akan lebih menguntungkan korang sebabnya korang akan dapat panjangkan balik tempoh pinjaman rumah korang tu. Biar betul dan mesti korang tertanya-tanyakan caranya? Ye tak?

Seperti yang aku tulis dalam entri yang lepas, ada 2 cara untuk mendapatkan cash RM1 juta bagi rumah-rumah korang samaada dengan menjualnya atau pun refinance balik. Bila aku kata refinance balik, tak semestinya kena refinance atas nama korang je. Inilah masanya untuk korang mewariskan ilmu property ni kat anak-anak korang samaada korang boleh letakkan nama anak korang tu as a co-borrower atau pun transfer terus ke nama diorang. Bagi aku, no harm kalau benda ni korang anggap as a refinancing case sebab ownership rumah tu akan tetap menjadi milik kaum kerabat korang jugak. Bukan setakat tu je, bila korang refinance guna nama anak korang, automatically tenure untuk loan tu pun akan mengikut usia anak korang tu. Lagi muda umur diorang, lagi panjang la tempoh loan yang korang boleh buat dan bila tempoh jadik panjang, maknanya instalment pun akan jadik rendah. Bila dah jadik camtu, secara otomatiknya cashflow untuk rumah tu akan jadi positif. Mana taknya, time tu sure sewanya akan bertambah mahal cuma harap-harap interest bank time tu takde la cecah sampai dua digit. Amacam, tak ke best kalau camtu. Dah la duit lebihan refinance tu korang dapat, sewa tetiap bulan pun korang boleh sapu jugak.

So, bila korang dah start perturunkan ilmu dan harta pada generasi ke 2 korang tu, maka takde la diorang akan terlalu bergantung pada kerja nine to five je (macam yang kita alami sekarang) dan secara tak langsung, generasi yang berorientasikan makan gaji pada masa sekarang sudah pasti akan beralih kepada generasi berteraskan keusahawanan pada masa depan. Tak ke benda ni baik untuk ekonomi negara kita nanti? Apa-apa pun sebelum semua benda ni berlaku, make sure korang kena belajar 'buat anak' dulu sebab kalau korang takde anak, macamana korang nak wariskan ilmu property korang tu. Betul tak?

Tips n Thots : Wariskan ilmu yang secukupnya kepada generasi ke 2 korang sebelum korang wariskan aset yang korang ada tu.

3 ulasan:

  1. thank for the entry. ensem ada berapa anak? kalau tujuh sorang dua lahh, kalau 5, jenuh sapa yg akan dpt 2 umah saja....

    BalasPadam
  2. Tanpa NamaJulai 09, 2010

    isk..isk...isk....abangensem nie dah la hensem, bannnyaaaaak pulak rumah dia ada....cam nie la baru steady, umur baru 36 tapi rumah dah 14 biji (7/18 dari umur)... tahniah abangensem....tapi ingat pesan saya nie... biar banyak rumah asalkan jangan banyak "orang Rumah" yeee..! -:aLCapone-

    BalasPadam
  3. Tanpa NamaJulai 13, 2010

    tak salah klu banyak org umah, janji kena pandai managelaaaa........rumah banyak bleh manage, takkan bini tambah dua or tiga....tak mampu kot??? hehheheheheh -Ardi_starob

    BalasPadam