Jumaat, 23 Julai 2010

"Boleh ke aku beli rumah?" soal hati Ariff..

Malam tadi, aku berkesempatan mengeteh dengan Ariff Shah, moderator/koordinator web gengblogger.com, tempat 'hangout' blogger-blogger melayu berkomuniti. Lokasi pertemuan, mana lagik kalau tak dekat Oldtown Kopitiam, Taipan USJ (tempat lepak awek-awek kota biasa berkumpul). Kenapa aku jumpe dia?? Tak lain tak bukan untuk mencuri idea dan tips berkaitan dunia blogging. Almaklumlah zaman aku muda belia dulu mana ada blog-blog macam sekarang ni. The most programme yang happening time tu is 'Wordstar Program' and the only chatroom yang paling glemer time tu ialah 'irc'. Tambahan pulak la ni aku dah in the process of publishkan ebook ke 2 aku (Tips & Panduan Membeli Rumah Terpakai), lagi berkobar-kobarlah aku nak jumpa si Ariff ni untuk mintak opinion bagi melariskan ebook aku tu nanti. 


sape lagi ensem?

 
First time bertentang mata dengan anak muda ni, dalam hati aku berkata "ni adik Alex Yoong ke?". Mukanya saling tak tumpah macam muka F1 driver kita tu dan hati aku terus berkata "No wonder la blog dia tu femes, rupa-rupanya kekacakan dia mengatasi segala-galanya.. hahaha". Nak buat camne aku dah tak berapa remaja lagi, kalau tak mesti ramai gak yang jadik follower aku apatah lagi masa zaman aku menjadi kegilaan awek-awek ITM dulu, ex ex awek aku dulu kata muka aku ni saling tak tumpah macam SRK. Korang tau tak SRK tu sape? Shah Rukh Khan la.. haha tapi bila umur dah meningkat dan badan dah makin 'tegap' ni.. susah aku nak imagine aku ni iras-iras sape.. hehe.

Ok.. lets talk about serious thing, kami berbual panjang jugak hari tu. Bercerita tentang family, study, career, blogging world, gals dan tak terkecuali topik investment dan bila aku ajukan soalan ni kat anak muda yang sorang ni "Ko tak nak try beli rumah ke?", dia hanya mampu tersenyum dan dari anak mata dan bahasa tubuhnya, aku dapat mendengar kata hatinya.. "Boleh ke student yang takde income beli rumah?". Aku rasa inilah jawapan yang akan digunakan oleh mereka yang bergelar student bila diajukan soalan seperti itu dan aku hanya mampu berkata " Boleh dengan syarat.. dapatkan seorang FAMILY MEMBER sebagai co-borrower atau guarantor". Kalau dapat mak ayah korang jadik co-borrower atau guarantor lagilah elok dengan syarat diorang (mak ayah) masih ada income la. Kalau la pihak bank tanya "kenapa nama korang nak kena ada dalam loan?". Korang jawablah "rumah ni sebenarnya mak/ayah saya yang beli tapi sebab nak dapatkan loan period yang maksimum sebab tu lah nama saya dimasukkan" dan apa yang aku katakan ini adalah berdasarkan pengalaman aku sebagai tukang proses loan dulu. For korang punya info, bila orang tua kita dah di penghujung usia, pihak bank takkan bagi loan dah kat diorang tetapi bila ada nama anaknya as a co-borrower, maka pihak bank masih boleh consider permohonan diorang tu. So, apalagi Ariff.. ko carik la rumah dari sekarang. Mana le tau kot-kot ko boleh jadik jutawan sebelum umur 30.

Tips n Thots : Dolf De Roos, pelabur hartanah terkenal memulakan misi membeli rumah semasa dia student lagi dan sehingga sekarang, dia tak pernah mengenal apa itu makan gaji.  

5 ulasan:

  1. jutawan b4 30an..wow..tabik spring bro! jadikan ariff protege ko bro..mana tao berjaya..

    BalasPadam
  2. abangensem, brapa umur anak paling muda bank boleh bagi loan kalau bapak dia sanggup jadi "co-borrower atau guarantor".....? :-aLCapone-

    BalasPadam
  3. i see. tak pernah tau pulak boleh buat macam tu.
    nice one abang ensem

    BalasPadam
  4. ariff duit blogging masyuk.bleh tunjuk income tetiap bulan aper utk apply loan

    BalasPadam