Selasa, 20 Julai 2010

Muat Ke Jalan Tu?

Setelah membaca entri aku yang lepas, ada gak memember aku yang tanya "Bro, camne ko boleh tau ada 600 buah kereta yang akan menjalar kat jalan raya selepas apartment Seksyen 7 tu siap?" dan jawapan kepada soalan tu akan aku berikan di bawah ini..

Bila korang tengok flyers atau brochures sesuatu projek perumahan yang baru, korang baca tak tulisan-tulisan kecik yang ada kat ruangan paling bawah kat dalamnya? Kalau korang biasa baca mesti korang akan nampak fakta-fakta seperi no lesen, tarikh dijangka siap, harga minimum/maksimum dan jugak jumlah unit yang terdapat di dalam projek tersebut. Dari sinilah sepatutnya korang boleh gunakan common sense korang untuk mengetahui jumlah kenderaan yang akan keluar masuk di jalan-jalan berdekatan dengan kawasan perumahan baru itu.

Berbalik pada projek apartment 'mahal' kat Seksyen 7 tu ada dimaklumkan bahawa jumlah unit yang terdapat di situ adalah sebanyak 300 unit manakala salah satu tarikan yang ada dalam promosinya adalah '2 parking lot percuma akan diberikan kepada setiap unit'. Ini bermakna akan ada sebanyak 600 buah kereta yang akan menyusur kat atas jalan pada waktu puncak sedangkan jalan besar yang sedia ada pun dah cukup sesak dengan kereta-kereta dari kawasan 2-storey dan flat-flat berdekatan. Apa yang bermain di fikiran aku sekarang ialah "muat ke jalan tu nanti?".

P/S : Kesian Brader Mil yang rumahnya berdepan dengan apartment tu.

Tips n Thots : Jangan abaikan tulisan-tulisan kecil yang ada pada flyers atau brochures rumah yang korang baca.

9 ulasan:

  1. Buat Brader Mil: plan la dari skrg utk mulakan bisnes basuh kereta, khas utk 600+ bijik kereta kt apartment tuh nnt...masyukkk tu!

    BalasPadam
  2. kenapa abang ensem mcm anti sgt dengan projek ni? sampai 3 entri mengomen pasal projek ni... pelik saya ni

    BalasPadam
  3. rohaniah noor : betol betol... pelik kan?? haha..

    BalasPadam
  4. abg ensem, baiduri apt klu harga 175k reasonable ke utk sewa. kat area tu rental rate dia camana

    BalasPadam
  5. sirap limau : I loike ur idea. Jom kita JV bukak car wash kat dalam tu..
    rohaniah noor : Sape kata saya anti ngan projek tu?? Entri pertama menyokong penuh sebab ianya akan boleh menaikkan kadar sewa dan value flat saya kat area tu cuma entri ke 2 & 3 je, saya against projek tu sebab mengurangkan aktiviti ngeteh merangkap kunjungan saya ke mamak sebab selalu 'jam'.. hehe BUT to be sincere, saya kesiankan mereka yang beli for investment sebab terlalu mahal.

    BalasPadam
  6. tanpa nama : Baiduri RM175K = Instalment Bank dalam RM1K + maintenance chgs, insurance, quit rent & assesment fee. Lepas calculate semua tu, tengok pulak kadar sewa kat situ samaada boleh dpt +ve @ -ve cashflow. Kalau +ve, why not..

    BalasPadam
  7. en ensem, honestly u sbg property investor, ada ke yg sanggup sewa sampai 1k and above utk sebuah apt?

    unless, org tu expatriate dari oversea. kalu student tentu tak mampu.saingan utk cari penyewa pun mesti tinggikan sebab banyak unit. saya rasa dgn harga semahal tu mcm susah nak cover loan and maintenance fees.

    what say u?

    BalasPadam
  8. eliza : ada apa pulak takde. 2 buah rumah saya disewakan @ RM1.2K dan yang menyewanya pun student. Yg penting, strategi kena betul..

    BalasPadam
  9. rumah kt mana smpai RM1.2k tu
    baiduri ke

    BalasPadam