Rabu, 28 Julai 2010

Tips Nak Apply Loan

Aku tau ramai yang menanti-nantikan tips-tips yang berkaitan dengan loan sebab tak ramai yang tau apa benda yang bank nak tengok sebelum approve loan korang tu. Jadi, untuk entri kali ni akan aku perturunkan 1 daripada beberapa tips yang aku amalkan bila nak apply loan.

Aku rasa korang mesti pernah mengalami masalah loan kena reject sebab income tak cukup kan? Itu baru korang yang baru beli sebijik dua rumah dan kalau dibandingkan berbijik-bijik rumah yang aku ada mesti korang heran kan macamana bank masih boleh bagi loan lagi kat aku. Aku rasa saat ini korang dah dapat 'tangkap' yang most of my properties aku beli tanpa duit dan duit yang sepatutnya aku keluarkan untuk downpayment tu sebenarnya aku gunakan untuk meyakinkan pihak bank tentang kemampuan aku untuk membayar instalment bulanannya. "Camne tu?" aku dah dapat agak soalan korang tu dan jawapannya tak lain tak bukan dengan mendepositkan downpayment tersebut ke akaun Fixed Deposit (FD) bank (seelok-eloknya jumlah FD tersebut hendaklah bersamaan atau lebih daripada 12 bulan jumlah instalment korang tu). Kemudiannya, korang cagarkan FD tersebut ke bank sebagai bukti kemampuan korang nak bayar instalment selama setahun. Apa yang penting, korang mesti make sure yang korang kena cari rumah yang tak payah keluar duit bila nak beli atau dalam erti kata lain yang below market value.

Ada suara sumbang yang kata rugi kalau cagarkan kat bank sebab nanti FD tu tak boleh withdraw selagi loan tak habis bayar. Memang betul tapi kalau payment korang 'cantik' let say for about 5 years, tak mustahil bank boleh bagi pelepasan kalau korang buat rayuan untuk withdraw balik FD tu. Pape pun, aku just nak share my tips with u all. Up to u all samaada korang nak ikut atau pun tidak..

P/S : Ada banyak lagi tips berkaitan loan yang aku ceritakan dalam ebook aku yang ke 2 nanti.

Tips n Thots : Benda yang paling penting bila korang nak apply loan is 'bukti' yang menunjukkan korang ada duit untuk bayar instalment bank tetiap bulan.

12 ulasan:

  1. Abang Ensem,
    Sijil ASB boleh guna tak sebagai bukti untuk mintak loan? Setahu saya kalau nak buat OD skarang dah tak boleh lagi dngan guna sijil ASB. Tak tau pulak kalau sekarang pihak bank masih terima sijil ASB sbg cagaran untuk sebarang jenis loan.. Sebab kalau park duit dalam FD return lagi rendah hm.

    BalasPadam
  2. wow...xpenah terbaca cara nie lak...good info

    BalasPadam
  3. Amir, ini bukan berkaitan dengan OD atau ASB tapi lebih kepada 'FD pledged concept' yang dibuat bukan atas sebab keuntungan tapi lebih kepada meyakinkan pihak bank yang kita sanggup mengenepikan keuntungan demi memastikan pihak bank tidak menghadapi risiko peminjam tak bayar instalment.

    BalasPadam
  4. terima kasih menurunkan ilmu nie.... so dlm kes abangensem yg ada 14 biji rumah bermakna abangensem ada 14 FD akaun la kan....? masyuk2.... patut la orang kaya bertambah kaya.... duit interest FD dapat, loan pun dapat, rumah pun dapat, sewa rumah pun dapat.......! :-aLCapone-

    BalasPadam
  5. thanks for sharing.
    laen kali bule la nk cuba

    BalasPadam
  6. -aLCapone- tak semua yang aku kena letak FD, ada 2-3 bijik je.. belom kaya lagi.
    sourplum : cuba jgn tak cuba..
    rohaniah noor : any tips from u?

    BalasPadam
  7. salam, terima kasih atas tips ni. Lom pernah dengar lagi tips camni. Tapi masa bilenye nk buat FD tu? Sebelum apply loan ke? tq!

    BalasPadam
  8. this is new knowledge that i didn't know off. really appreciate it

    BalasPadam
  9. hehe.. saya tak sebanyak rumah mcm abang ensem.. so takde tips spesel...belanja banker makan ok kot.. hahaha

    BalasPadam
  10. ctfarazila : tunggu jawapannya dalam entri berikut..

    BalasPadam