Isnin, 12 Julai 2010

Duit Bukan Untuk Disimpan (Part 2)

Seperti yang dijanjikan, entri kali ni menceritakan dari mana aku mendapatkan modal permulaan bagi membeli rumah aku dan pada mereka yang telah membeli ebook aku pasti tau dari manakah sumbernya itu. 


Korang mesti kenalkan kan logo kat atas tu? Ya, itulah sumber kepada modal permulaan aku. Dengan jumlah sebanyak RM2,659.29 yang aku keluarkan dari KWSP telah cukup untuk menjadi titik tolak kepada permulaan pelaburan aku. Memang kalau dilihat amaunnya begitu kecil tetapi sudah cukup untuk menampung sebahagian dari jumlah keseluruhan pembelian aku. Bagi korang yang mempunyai saving yang sedikit atau yang tak mempunyai saving langsung, cuba fikir-fikirkan untuk keluarkan duit KWSP korang. Aku pasti korang akan jawab "Duit KWSP aku untuk rumah yang aku nak duduk". Betul tak? Camne aku boleh tau? Alaa.. soalan tu dah kerap kali berngiang kat telinga aku malah kalau korang masih ingat 'Man Kuala' yang aku ceritakan dalam entri aku yang lepas, dia pun pernah bertanyakan soalan yang sama tapi bila dia ngikut nasihat aku, duit sebanyak RM19K yang dia dapat dari KWSP telah berjaya digandakan sebanyak RM45K sebaik je dia jual rumah pertama dia tu. Dah la duit dia jual tu berganda, duit KWSP dia yang berikutnya masih boleh dikeluarkan untuk pembelian rumah keduanya sebab 'dia dah jual rumah pertama tu' (syarat untuk keluarkan duit KWSP bagi rumah ke 2). Tak ke untung namanya.. Jadi, apa tunggu lagi, beramai-ramailah korang gi opis KWSP esok untuk keluarkan duit tu tapi kalau korang dah tak boleh keluarkan, tunggulah entri aku berikutnya untuk sumber-sumber yang lain.

Tips n Thots : Pastikan rumah yang korang nak beli dengan duit KWSP boleh mendatangkan pulangan yang lumayan. 

5 ulasan:

  1. ada baru dalam 2000 dalam kwsp. BOleh keluarkan tak? :)

    BalasPadam
  2. hapiz : kenapa pulak tak boleh..

    BalasPadam
  3. hah... yang ni aku dah buat ensem...
    aku nak tengok apa lg yang sumber yang boleh dikorek.... (tak termasuk Ahlong)....

    BalasPadam
  4. pasai duit kwsp tu aku dah arif cam mana nak bawak keluar........ tapi aku nie lemah sket matematik cam mana nak kira rumah yg aku nak beli tu masuk kategori boleh mendatangkan pulangan yang lumayan...... lagi cannnteekk kalau abangensem bolek kongsi terus formula/rumus matematik cammana nak kira.....! -:aLCapone-

    BalasPadam
  5. al capone : kalo ko nak tau, ko kena refer kat entri bulan april bertajuk 'to buy or not to buy'

    BalasPadam