Ahad, 4 Julai 2010

Nak Ikut Kepala Atau Ikut Rumah??

Ini satu lagi kaedah yang aku gunakan untuk meraih keuntungan yang lebih di dalam pelaburan hartanah aku. Apa yang aku maksudkan dengan 'ikut kepala/rumah'? Tak lain tak bukan ialah cara aku nak menentukan kadar sewa rumah aku. Persoalan kat sini ialah mana yang lebih untung, nak caj ikut kepala atau caj satu rumah?

Sebelum korang nak ikut cara aku ni, korang kenalah amik kira 2 faktor penting seperti kat bawah sebelum korang decide?

Keluasan Rumah :

Ye la, kalau rumah korang sekangkang kera (studio apartment berkeluasan kurang dari 600 sqft), takkan korang nak sewakan ikut kepala sebab takkan 5-6 orang nak bersesak-sesak menyewa apartment 'kecik' korang tu. Betul tak?

Target Market :

Kalau kat area umah sewa korang tu biasanya dihuni oleh famili dan bakal penyewa korang pulak most probably famili jugak, rentikan le nak nyewa ikut kepala sebab tak logik langsung kan? Kalau rumah korang tu kat area kolej/uni dan golongan inilah yang meramaikan penduduk kat kawasan tu, apalagi korang rembat le sewa korang tu ikut kepala. Kalau satu kepala RM150 dan rumah korang tu cukup luas untuk disumbatkan seramai 10 orang student, buta-buta korang boleh dapat RM1,500. Tak ke kaya korang nanti..

Itulah 2 faktor utama yang aku selalu ambil kira sebelum nak tetapkan kadar sewa rumah-rumah aku. Amacam, boleh pakai tak cara aku ni?

Tips n Thots : Creative thinking cara ni lah yang boleh menggandakan keuntungan korang. What say you?







5 ulasan:

  1. hemm. zaman muda2 dulu..kat seri serdang..dia org caj satu kepala = RM100..so, biasanya 10 org = RM1000..tapi tak tau le sekarang..pasalnya saya dah tua... rumah kat area seri iskandar harga nya ok lagi..tak melampau macam kat manjung..

    BalasPadam
  2. my opinion..
    payment per person lg untung kot

    BalasPadam
  3. nosembilanbelas : itu zaman kita muda remaja. zaman sekarang RM150 pun dah kira murah.. hehe

    kie-yu : u r totally rite tapi bergantung pada keadaan.

    BalasPadam
  4. salam bang,

    apa pendapat abg, tentang 2 formula ni:

    - (Monthly rent x 12) / Property price x 100% = Annual yield

    - Years to get back = Total cash used / [ (Rent - installment) x 12 ]

    mana lagi applicable dalam kehidupan sebenar bila kita nak menilai berbaloi ke tak property tu?

    BalasPadam
  5. Tapi mesti ikut harga pasaran sewa rumah area situ gak kan?

    Kalo harga sewa satu rumah dah terlebih mahal sure tak laku, ye tak?

    Kalo dari segi penjagaan rumah, better pilih student/bujang yang keje/family?

    BalasPadam