Ahad, 4 Julai 2010

Tolong carikan aku rumah untuk dibeli..

Masuk panggilan yang aku baru terima tadi, minggu ni je dah 3 orang 'call' aku dan soalan yang sama sering berulang dari pemanggil-pemanggil tersebut "Encik ada rumah kosong lagi tak untuk disewa?". Bila ditanya dari mana dapat nombor henpon aku, jawapannya pelbagai.. ada yang kata dari kawan la, dari 'mem' aku la sampaikan kekadang tu terasa macam glamer gak aku nih.. hehehe dan benda-benda macam ni akan terus berulang setiap kali student UiTM nak register. Aku rasa kat kolej-kolej lain pun sama gak tak kira la samaada universiti awam atau pun 'private'.

So, kat sini korang boleh nampak bagaimana permintaan di kawasan yang berdekatan dengan pusat-pusat pengajian tinggi seringkali tidak mencukupi dan ini merupakan salah satu petanda yang baik kalau korang nak carik area untuk memulakan 'property investment' korang. Mungkin korang dah boleh start usha kat area Subang yang ada few colleges kat sana atau pun Bandar Sunway yang ada 2-3 top colleges kat sana, tak pun area Bandar Seri Iskandar, Perak yang menurut follower aku (Brader Farid), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan UiTM dah start tak dapat menampung kebanjiran studentnya TAPI cuba elakkan Shah Alam sebab aku dah 'conquer' area ni.. hahaha.

Tips n Thots : As usual, tempat yang ramai student 'demand'nya akan sentiasa meningkat sebab hari ni budak-budak dah semakin pandai dari zaman aku dulu.

3 ulasan:

  1. berapa kadar sewa di seri iskandar sekarang? dulu UTP sebolehnya akan sediakan asrama kpd studentnya

    BalasPadam
  2. UTP ada sediakan hostel tapi untuk yang single occupancy jer. Sakang ni ramai dah Postgrad student yang register. mostly international student. derang bawak family dan memang akan tinggal kat luar

    BalasPadam
  3. kadar sewa di seri iskandar. (6-7 bulan yang lepas)

    rumah dua tingkat boleh dapat paling murah RM250. tp biasa RM350..

    rumah terrace 1 tingkat.f/f. RM500 dekat belakang bank rakyat. (sekepala RM100. satu rumah muat 5 orang)

    foreigner biasa nak f/f. xkesah mahal cket pon.

    BalasPadam