Sabtu, 29 Mei 2010

Alamak beb.. aku kena 'SOUND' la..

Aku ingat ramai le yang suka bila aku dok merepek kat sini tapi ada jugak golongan 'makcik-makcik skema' yang iri hati dengan cara penyampaian aku nih. Contohnya, pagi semalam, masa aku tengah 'tekun' buat kerja kat opis, tetiba Makcik Jijah (opismet aku, bukan nama sebenar) datang kat partition aku sambil melalak.. "Akak tak berapa suka le cara ko bercerita kat dalam blog ko. Dah la banyak merapu dan meraban tak tentu hala, dah tu dok perasan yang ko je la yang paling ensem kat dunia ni. Akak rasa orang yang baca tu pun dah dok menyampah macam akak. Kata nak story pasal property investment tapi yang akak nampak macam 'orang gila' punya blog je. Tak nampak pun macam orang yang tau pasal investment. Akak rasa elok le ko berenti dari mengarut tak tentu pasal. Kalo nak kongsi ilmu, buat la dengan cara yang 'PROFESIONAL' sikit, baru le orang percaya".. antara bunyi 'nyanyian' yang dipersembahkan oleh Makcik Jijah ni. Aku yang terkedu dengan statement 'panas' makcik sorang ni hanya mampu tersenyum kambing sambil dalam hati aku berbisik.. "Makcik ni datang bulan kot pagi ni tapi bila aku pikir balik.. takkan orang menopause macam makcik ni masih nak datang bulan?? Musykil musykil aku". End up, aku cuma buat bodoh je, tak melawan langsung apa yang dia 'sound' kat aku tu. Lagipun mak aku selalu kata "Jangan melawan cakap orang tua. Tak baik.." dan sebagai anak mak yang soleh, aku sentiasa patuh dengan apa yang dia selalu cakap kat aku.

TAPI kalau dah berdarah panglima tu, diam tak bererti aku kalah sebab kalau aku 'menjawab' time tu cuma bebudak opis je yang nampak tapi kalau aku jawab kat sini, ramai orang boleh baca dan mungkin ada yang boleh bagi pendapat masing-masing. Mana la tau kot-kot ramai yang menyokong cara penyampaian aku nih dan boleh la aku belasah makcik menopause yang sorang ni.. wakakaka. So, aku nak mintak tolong sangat-sangat la dari korang untuk bagi feedback tentang cara penyampaian aku kat blog ni samaada O.K ke tak? Mana la tau kot-kot selama ni aku hanya syok sendiri je.. huhu. Tapi percaya la apa yang aku dok tulis kat dalam ni, tak lain tak bukan sekadar nak berkongsi ilmu 'property' aku dengan korang semua cuma mungkin caranya je yang aku cuba bezakan. Bukan apa, kalau aku buat entry-entry skema macam investor lain buat, aku takut orang malas nak baca sebab bagi aku tajuk berkaitan 'INVESTMENT' ni selalunya berat dan mostly orang melayu kita ni tak berapa minat sangat nak baca benda-benda yang berat ni. Betul tak? (Right me if I'm wrong). Atas sebab itu la aku cuba 'santai'kan cara penyampaian aku dengan memasukkan unsur-unsur humor, mengarut, bangga diri, pompuan cantik sebagai daya penarik untuk orang masuk dan baca. Alhamdulillah, berdasarkan rating nuffnang yang aku dok tengok selalu, cara penyampaian 'santai' aku ni dapat le diterima ramai. Sejak aku ubah cara aku bercerita, aku tengok makin hari makin bertambah jumlah pengunjung yang masuk dan baca entry aku ni. Kalau dulu, nak dapat 10 visitor sehari pun macam susah je tapi alhamdulillah sekarang ni ada la 'lebih sikit' visitor yang masuk dan baca. Walaupun kekadang tu tajuknya macam lucah/merepek, tapi itu cuma strategi aku untuk tarik diorang ke sini, sebab bila diorang masuk dan baca, sedikit sebanyak ilmu yang aku cuba sampaikan diorang akan dapat dan faham. Sebagai contoh la, tajuk 'income sambil mengangkang' yang aku buat hanyalah untuk menyampaikan konsep passive income dan aku rasa kalau la aku gunakan tajuk seperti 'Apakah yang dimaksudkan dengan Passive Income', aku rasa takde la sampai hampir 600 orang nak baca entry aku tu. Betul tak? Anyway, aku nak ucapkan time kasih le pada korang-korang yang masih sudi menjenguk blog aku ni. Harap-harap korang akan mendapat manafaat dari apa yang aku cuba sampaikan, Insyaallah.


Mungkin melalui komen-komen yang korang akan tuliskan kat bawah ni (kalau ada), aku akan cuba memperbaiki blog aku ni dari masa ke semasa. Harapan aku moga makin ramai la orang kita yang mampu memperbaiki tahap ekonomi bangsa kita sebab aku dah tak tahan tengok ekonomi negara kita ni terlalu bergantung pada bangsa lain. Moga-moga harapan aku ni akan menjadi kenyataan satu hari nanti. Amin.

15 ulasan:

  1. saya takde hal cara penyampaian abg ni..santai dan mudah nak faham.

    bagi orang muda mcm saya ni, tak kisah sgt merapu2 sikit tu.janji dapat apa point penting..hehe

    BalasPadam
  2. HASROL NIZAM : tenkiu bro..

    BalasPadam
  3. cara santai brader ni terbaik la. tayah pikir la pasal makcik tu.

    BalasPadam
  4. saya rasa cara penyampaian selamba camni la yg membuatkan saya seronot membaca blog sedara. tak ramai yg boleh menulis camni. kalau ada pun dah ramai yg pupus. harap teruskan menulis n yg penting, sempoi.

    BalasPadam
  5. cukuplah dah blaja dengan ayat2 skema masa kat sekolah & kolej dulu..then kalau beli buku investment, kita disadur lagi dengan ayat skema..so unk mendapat ilmu dgn normal method,mmg banyak je caranya..kalau Donald Trump panggil itu "book smart"..

    So, selain dari "book smart" kita nak belajar gak kaedah "street smart"..inilah yg boleh membuatkan ilmu investment tidak terlalu kaku & membosankan..takat nak yg skema2,aku takyah baca blog ni..beli je buku kat kedai nuuu..berlambak2..betul tak??

    so,keep up abangensem..masing2 ada cara tersendiri..

    BalasPadam
  6. baru tadi tersembang dgn laki dlm keta nak ke low yatt pasal blog abgencem...tabik spring la ngko dapat mengekalkan ciri2 mat bunga sewaktu zaman sek hingga terhasilnya blog jutawan hartanah berteraskan mat bunga...mana nak cari beb?

    BalasPadam
  7. Blog abg memang sempoi. Tak penah miss baca. Org yg suka bercakap sebelum berfikir tu memang wajib ada kat mana2. Lagipun dah nie blog individu so terpulang lah camna nak menilai. Kalo dah sound direct tu lain cite... kalo tak puas hati pun tegur lah pada saluran yg betul bukan menghambur2kan air liur basi kat org. Tapi kalo dah nama pun Makcik2 + skema2, biasa lah bang, mesti banyak ckap dari fikir "luar kotak".
    Anyway, truskan usaha abg. JR fully support usaha berkongsi idea2 dan tips2 abg nie... sengal2 tu biasa lah kan, hidup kena bergurau2. Org tak layan sangat ngan yg skema2. bukan tak layan langsung yer.

    Tuk makcik skema : Kan baik pikir pasal anak n laki kat umah. tu pun kalo dah berumahtanggalah. Ni private blog kan? Takda bayar tax. So kalo tak puas hati sangat pun, blajarlah undang then saman je mengikut saluran yg betul. tak baiklah spoil mood org. kang makcik juga dipandang buruk. Peace no war yer.
    nak maki hamun ke apa ke sila tulis kat blog sya. Abghensem x berdose.
    http://lastchoice2blove.blogspot.com/

    BalasPadam
  8. tenkiu tenkiu to narfey, asre yasir, firdausamin, young@heart, jerung rimba putih. komen dari kalian amat dihargai..

    BalasPadam
  9. Tanpa NamaMei 29, 2010

    aku lebih suka kalau entri diceritakan seperti sekarang ni..nampak macam ada personaliti..takdelah terlalu 'bukuteks'.

    BalasPadam
  10. kami berdiri teguh di belakang abg ensem...!!!takbir!!

    BalasPadam
  11. fndrocka & Fauzi : tenkiu beb..

    BalasPadam
  12. Buat AE,

    Terus-terang ler aku ckp kat sini, aku nie dari jenis serius punya org. Tapi dlm serius tu, aku boleh dikategorikan mudah ketawa bila kena dgn mood aku tu.

    So, bila aku baca blog ko ni, mahu aku ketawa terbahak-bahak (itupun nasib baik kat tempat kerja ramai org kalau tak.. aku nak ketawa sepuas-puas hati sebab aku rasa puas hati dgn penjelasan term-term dalam investment property ni..

    Apa-apa pun kaedah penyampaian dan perkongsian ilmu serta pengalaman AE sudah cukup bermanafaat buat semua org.

    p/s: bab membaca ni aku cukup tak suka sebenarnya, tapi cara ko bercerita kat blog nie buat aku lebih rajin melawat kat blog ko ni.. keep it up bro...

    BalasPadam
  13. Bard : aku terharu... *sambil air mata bergenang* huhuhu

    BalasPadam
  14. bro,
    this is among the best blog in property investment. Specific for local market.

    Eh mintap maap kalau terspeaking pulok. Kang jadi 'mak' aku hilang pulak.

    Kita takleh puaskan hati semua org. Janji kita happy dengan diri kita. Lantak lah apa org nak kata.

    Tabik bro... terbaek!

    BalasPadam
  15. banyak2 blog sy bc pasal property invesment, blog bro yg wat saya tergelak je manjang.. yer la baca benda camni kena la kasi fun sket, baru senang masuk kepala..

    yg sy nampak, blog bro cara penyampaian secara narrative dan diselit ngn humor2.. itu yg buat ramai tertarik ngn blog bro.. keep it up. :)

    BalasPadam