Jumaat, 23 Julai 2010

Berapa harga rumah yang paling murah pernah korang beli?

Entri aku kali ni berkait rapat dengan konsep 'sape kata beli rumah kena pakai duit' yang aku dok kecoh-kecohkan kat dalam entri-entri sebelum ni dan bagi korang yang dah beli ebook aku mesti tau pasal cerita ni. Di samping tu, entri ini jugak sebagai jawapan kepada soalan #1 Mr - al Capone - dalam entri aku yang lepas.

Berapa harga rumah paling murah yang korang pernah dengar? Aku rasa kalau korang dok kat area Bukit Beruntung mesti selalu dengar harga-harga rumah yang kurang dari RM10K tapi pernah tak korang dengar flat kat Shah Alam yang dijual pada harga kurang dari RM30K (RM26K untuk lebih tepat)? Mesti ada yang tak percaya kan? Tapi itulah hakikat sebenarnya dan aku merupakan insan yang paling bertuah dapat memilikinya. Macamana aku boleh dapat harga yang sebegitu rendah? Nanti aku ceritakan cuma aku nak tekankan kat sini kalau korang nak invest macam aku, make sure yang korang beli rumah yang below market value. Caranya telah aku ceritakan dalam 2 entri bertitlekan Bahasa Inggeris bulan lalu. Pastikan 2 step ni korang mahir (Mr - al Capone -, sila take note ye) supaya dapat menilai property yang below market value :

  1. Market Study - potong dan simpan
  2. Sample Verification - double check dengan valuer/banker

Kalau korang master step-step kat atas tu, insyallah korang boleh dapat rumah yang below market value. Once, korang dah dapat barulah korang boleh implement konsep aku tu nanti dan aku jugak rasa tak mustahil korang boleh collect rumah lebih banyak dari aku. Tentang kat mana nak cari rumah below market value? Korang tunggulah entri seterusnya.

Tips n Thots : Jangan lupa beli gunting untuk kerat iklan kat suratkhabar dan cuba cari kawan di kalangan orang bank atau valuer untuk memudahkan proses pencarian rumah murah. 

7 ulasan:

  1. Tanpa NamaJulai 23, 2010

    TQ abangensem kerana menjawap soalan#1 aku.... gunting dah ada... suratkhabar jer belum ada lagi ..... maklumla skrang nie dah zaman siber... semua benda pun dah kena online....! Tp itu bukan alasan.... Nanti aku beli kat mamak restoran masa pekena nasi beriani ......! :-aLCapone-

    BalasPadam
  2. Tanpa NamaJulai 23, 2010

    Harga umah paling murah ialah RM12k jer. Skang harga umah tue dah atas 100k. Rumah tue dapat murah kerana saman develop kerana umah lambat siap dan umah tue dibeli dengan cash

    jidin

    BalasPadam
  3. wah.. bagus info ni..
    mana nak cari umah RM12K .. kat melaka ni pun susah nak jumpa

    BalasPadam
  4. @abang ensem - paling murah aku pernah dapat pun dalam 50k...rumah apt taman tasik utama kat mitc melaka

    @zool - 3 bulan lepas, apt dekat pantai puteri ada lelong 12k...tapi condition tahap takleh nak duduk la...

    BalasPadam
  5. jidin : caya la..
    zool : murah ke mahal ke yg paling penting.. tetiap bulan +ve cashflow
    farid : RM50K masa beli, la ni dah berapa?

    BalasPadam
  6. yes, guntin g dh beli nih..tunggu nak beli umah sebijik 2..hehhhehe

    BalasPadam
  7. abg hensem, macam mana nak kenal valuer or katna nak dapatkan khidmat die?

    agak2 berapa anggaran fee yg die kenakan ek kalo kita nk suruh valuer tu check market price...pening aaa pasal valuer er nie...

    xsabar nie nak beli 2nd ebook..

    BalasPadam