Rabu, 14 Julai 2010

Duit Bukan Untuk Disimpan (Part 4)

Ok, sumber terakhir modal aku adalah daripada duit yang aku ketepikan setiap bulan dari gaji aku. Amaunnya kalau korang nak tau takde la banyak mana pun, cuma RM50 je setiap bulan pada peringkat permulaannya dan amaun tu aku tambahkan RM50 setiap kali aku dapat increment.  Aku rasa mungkin korang ada amaun yang lebih yang korang boleh ketepikan setiap bulan jika nak dibandingkan dengan aku tapi percayalah dari disiplin inilah yang akan memungkinkan korang untuk terus menambah koleksi rumah korang nanti.

Sebenarnya amaun yang aku agihkan setiap bulan ini hanyalah sebagai duit tambahan bagi menampung segala caj-caj berkaitan dengan pembelian rumah seperti bayaran legal fees, valuation fees dan lain-lain fees tanpa perlu mengusik duit bonus yang solely aku gunakan sebagai downpayment rumah dan sepertimana duit bonus yang aku park sementara kat dalam ASB, duit agihan setiap bulan ini pula aku simpan di dalam ASW sementara menantikan peluang untuk menggandakannya. Jadi, mungkin korang boleh cuba sediakan beberapa simpanan seperti di atas yang mempunyai fungsi dan peranannya masing-masing.


Tips n Thots : Bonus = Downpayment Rumah & Simpanan = Caj-caj Berkaitan Pembelian Rumah

4 ulasan:

  1. Tanpa NamaJulai 14, 2010

    jatuh cinta sama ini belog...i will follow u on da next entry ya...but...ixde blogla bang hensem...takper2...follow u jer ...ihik:)

    BalasPadam
  2. hehe.. jgn lupe join nanti.

    BalasPadam
  3. Tanpa NamaJulai 14, 2010

    aku tabik spring pada disiplin abangensem ketepikan duit gaji untuk simpan setiap bulan dlm ASW...... aku dulu2 pun ada jugak try simpan bulan2 sikit duit gaji dlm ASB...... tapi tak boleh konsisten...... bulan2 raya mesti misssss..... tapi skrang aku dah start mendisiplinkan diri simpan sikit duit gaji tiap2 bulan dlm ASW/ASD.....! :-aLCapone-

    BalasPadam
  4. Tanpa NamaJulai 14, 2010

    abang,

    apa pendapat pasal kita guna duit lebih dari refinancing rumah untuk beli 1 lagi rumah?

    macam kalau kita dah ada 1 biji rumah sewa, kita pun refinance, so dpt duit lebih, kita buat utk beli rumah sewa ke-2?

    selain pinjaman kita di'extend' jadi lagi lama, ada lagi ke pro n cons utk kita guna refinance sbg sumber utk menambah rumah?

    BalasPadam