Khamis, 15 Julai 2010

Gandakan Wang Anda (Part 1)

Nampaknya korang dah pun tau dari mana sumber wang aku berdasarkan apa yang telah aku ceritakan dalam entri yang lepas, jadi dalam entri berikutnya aku akan bagitau pulak macamana aku telah gandakan wang yang aku perolehi dari sumber-sumber tersebut supaya menjadi lebih banyak bagi memungkinkan aku mengumpul koleksi rumah-rumah aku.

Korang pernah dengar tak tentang share market investment? Ya, ini merupakan medium terpenting untuk aku memberanakkan duit aku. Since 1998 aku dah berjinak-jinak dengan share market investment ni bersama-sama dengan 4 orang teman rumah bujang aku dulu. Bermula dengan keuntungan yang ciput sehinggalah ke angka ribuan dan tak terkecuali dari kerugian beribu ke angka ratusan, semuanya telah aku alami tapi bak kata orang alah bisa tegal biasa, bila dah lama berkecimpung dalam investment ni, secara tak langsung kerugian aku telah dapat diminimakan dan keuntungan aku pula telah dapat dimaksimumkan (berdasarkan sasaran aku la). Bagi korang yang pernah main share dan nak tau rahsia aku, inilah dia 3 benda yang menjadi prinsip aku :


  1. Beli time orang tak nak masuk market dan jual bila market baru nak naik.

  2. Jangan tamak walaupun korang cuma untung RM50.

  3. Layan blue chip counter je like TM, AXIATA, IOICORP & bla bla bla..
Aku rasa prinsip yang no 1 dengan no 3 tu mesti korang takde masaalah nak follow kan, tapi kalau yang ke 2 tu aku pun kekadang terbabas jugak. So, kat sini aku tak nak ceritakan lebih lanjut pasal investment aku yang satu ni sebab aku tau tak semua orang berani ambil risiko dalam investment ni dan bagi korang yang tak berani tu, mari kita tengok cara lain yang aku gunakan untuk menggandakan duit aku dalam entri yang seterusnya.

Tips n Thots : Orang tamak selalu rugi..

5 ulasan:

  1. aku xpaham ape itu bro...bg ayat mudah skit

    BalasPadam
  2. Tanpa NamaJulai 15, 2010

    aku ni bukan jenis "risk taker"...jadi tak la brani nak main share... yg aku main pun tumpang jadi financer untuk ESOS kompeni ex-awek2 aku.... hahahahah... untung sket terus jual... pas tu bagi la sket kat diorang tanda terima kasih....! :-aLCapone-

    BalasPadam
  3. parang : tunggu aku abiskan entri 'gandakan wang anda' ni dulu sblm aku explain bab main saham..

    BalasPadam
  4. alcapone : ESOS.. i like..

    BalasPadam
  5. Tanpa NamaJulai 16, 2010

    yg pasti nyer kita kena terus berkawan dan berbaik2 dgn ex-awek2 kita walaupun bila dah putussss dan masing2 ada haluan sendiri..... sebabnyer diorang nie akan ingat kat korang bila diorang perlukan financer utk ESOS nie sebab interest loan dari bank/broker tinggi.....! :-aLCapone-

    BalasPadam