Sabtu, 17 Julai 2010

Gandakan Wang Anda (Part 3)

Bagi korang yang beragama Islam tentu familiar dengan hadis nabi yang berbunyi "9 dari 10 sumber rezeki di dunia ni datangnya dari perniagaan" dan perniagaan jugalah menjadi salah satu cara aku menggandakan duit aku. Pelbagai barang yang telah aku jual untuk dijadikan side income sepanjang 13 tahun usia kerjaya aku. Kalau di penghujung tahun 90an dulu, jelly 'nata de coco' menjadi barang jualan aku dan kalau korang nak tau time tu jualan aku mampu untuk menjana keuntungan ratusan ringgit yang bagi aku amat besar pada ketika itu. Bila zaman 'nata de coco' pupus, aku beralih pulak menjual t-shirt ke kilang-kilang di sekitar Shah Alam tapi usaha aku tu tak lama bila kilang-kilang tersebut mula buat downsizing atau pun ditutup terus (maklum le zaman gawat time tu). Then, aku beralih pulak menjual jersi bola bila hampir semua orang dok berminat nak beli jersi kelab kesayangan masing-masing. Sebab tu la kalau korang perasan, aku ni banyak pakai jersi je bila tangkap gambo. Benda free beb dan sehinggalah ke ebook, produk terakhir yang aku dok jual sekarang ni (seperti iklan yang berklip-klip kat sebelah entri aku ni), cuma yang membezakan ebook aku dengan barang-barang lain yang telah aku jual ialah, kalau dulu jualan aku semuanya berpaksikan keuntungan semata-mata tetapi hasil yang aku perolehi dari jualan ebook ni lebih bertujuan untuk kebajikan dan kat sini sekali lagi aku nak merakamkan ucapan terima kasih aku kepada mereka yang telah membeli ebook aku kerana tanpa sokongan korang, tak mungkin impian aku untuk beramal selama ni akan tercapai.

Aku rasa pasti korang tertanya-tanya, tak pernah ke aku invest dalam bisnes Multi Level Marketing (MLM)? Jawapan aku : ADA tapi sorry to say, aku bukannya seorang yang obses untuk kaya cepat dan biasanya aku join MLM pun sebab nak jaga hati kengkawan yang approach aku. Bagi aku bisnes MLM ni hanya untuk mereka yang rajin dan sanggup bekerja keras sahaja. As for me, aku bukanlah seorang yang sanggup bekerja keras mencari prospek sebab bagi aku lebih baik aku bekerja keras mencarik rumah yang undervalue untuk aku beli dan sewakan. Susahnya hanya sekali sedangkan income dari rumah tu akan berpanjangan selama mana aku tak jual. So, to those yang baru berura-ura nak ajak aku join bisnes MLM, lupa-lupakan la niat korang tu.

Jadik, inilah cara-cara yang aku telah gunakan untuk menggandakan duit yang aku ada, dari main saham sehinggalah berniaga secara kecil-kecilan dan hasil dari semua inilah yang aku gunakan untuk mengumpul rumah-rumah aku yang 14 buah ini.

3 ulasan:

  1. Tanpa NamaJulai 17, 2010

    eeeemmm...dlm sejarah hidup aku, aku dah pernah jual tin & botol kosong + kuih2 yg mak aku buat masa kecik2 dulu.... lepas tu aku pun penah jual getah + kepala gas masak (tu adalah masa 1st time jadi profesional salesman), tapi ramai makcik2 kat luar sana yg menyumpah kat aku pasal barang nie, aku pun menyumpah balik kat tokey aku ...... so skrang aku tengah dok pikir2 barang apa yg aku patut jual masa nie....... tolong bagi cadangan sket abangensem....! :-aLCapone-

    BalasPadam
  2. Hadis nabi tu tak Sahih...maknanya tidak diketahui kebenarannya.

    Dulu aku teruja bila dengar hadis tu.tapi benda yang tak confirm wujud, kita tak boleh sebarkan.

    itu pendapat aku sahaja.

    Tuanbri-Perunding Hartanah Lelong

    BalasPadam
  3. TQ Tuan Bri for the info..

    BalasPadam