Khamis, 22 Julai 2010

Kalau la aku yang 'rembat' rumah tu..

"Hai Man Kuala, kalau la aku tau area rumah aku dah start jam macam sekarang ni, takde la aku bagi rumah seksyen 10 tu kat ko. Baik aku rembat dulu tapi nak buat cemana 'nasi dah jadi bubur', 'berudu dah pun jadik katak'. Nak nyesal pun tak guna.. huhu". Terpaksa la aku usha rumah lain. Brader Mil pun dah calling aku suruh survey sekali rumah untuk dia pindah tapi boleh dapat ke 2 bijik rumah yang harganya below RM300K kat Shah Alam ni lagi??

The best part pasal rumah seksyen 10 (yang Man Kuala tu beli) is rumah tu dikelilingi oleh masjid dan surau. Mana taknya, dah la depannya surau seksyen 9 (seperti dalam gambar) dan dibelakangnya pulak, Masjid Negeri Shah Alam. Bak kata member aku "senang nanti nak semayangkan ko bila mati nanti". Hampeh betui member aku yang keluarkan statement ni kat aku. Sebenarnya bagi aku, ini antara faktor terpenting yang patut kita ambil kira bila nak beli rumah. Make sure ada surau atau masjid yang berhampiran dengannya. Bukan apa, at least setiap waktu kita akan sentiasa diperingatkan tentang kewajipan kita (solat 5 waktu). Bukan ke bak kata Dr Mahathir "orang melayu dan Islam ni mudah lupa". So, bila ada azan berkumandang setiap waktu, kita akan sentiasa ingat le tujuan kita hidup tapi kalau dah gelap hati tu, aku no komen la. Anyway, mungkin bukan rejeki aku nak menetap kat area seksyen 10 ni, jadi terpaksalah aku teruskan pencarian aku ni.

P/S : Buat Brader Mil.. "Sabar ye. Aku belum jumpe rumah yang sesuai lagi".

Tips n Thots : Ambil kira faktor surau dan masjid sebelum membeli rumah, moga-moga keberkatan akan senantiasa menyinari kawasan rumah kita.

Surau Al-Ittihadiyyah, Seksyen 9

5 ulasan:

  1. Tanpa NamaJulai 22, 2010

    Betul tu...aku setuju sangat....tapi kena make sure jugak surau2 + masjid2 tu adalah yg aktif.... jangan time sembahyang jumaat jer penuh... time2 lain senyap sunyi....! :-aLCapone-

    BalasPadam
  2. Lokasi tu sejukkk....so mmg bagus untuk dirembat...

    BalasPadam
  3. berudu jadi katak, katak masuk mee goreng old town

    BalasPadam
  4. nasihat yg bagus... beruntunglah yg dapat beli rumah tu...

    BalasPadam
  5. Tanpa NamaJulai 30, 2010

    Kenapa tak beli Mahligai Seksyen 9? Saya baru beli Mac 2010. RM175K; 1180sqf. kira ok la kan untuk harga shah alam?

    BalasPadam