Isnin, 26 Julai 2010

Kenapa Ramai Yang Gagal?

Terkedu aku jap bila diajukan soalan oleh mr pantaier semalam. Soalan beliau yang bertanyakan tentang halangan terbesar bagi mereka yang nak dan telah berkecimpung dalam property investment macam aku sebab katanya ramai yang mencuba tapi tak ramai yang berjaya. Kenapa ye?

Setelah jenuh aku pikir dengan otak aku yang tak berapa besar ni, kesimpulan yang aku dapat ialah masalah sikap kita sendiri adalah halangan paling besar bagi mereka yang baru dan telah berjinak-jinak sebagai property investor. Kenapa aku kata begitu? Ini berdasarkan pengalaman aku bila menyaksikan terlalu ramai kengkawan aku yang gagal. Apa yang aku lihat kebanyakannya melabur tanpa ilmu, lebih sekadar mengikut cakap orang (hearsay). Bila kawan-kawan diorang kata boleh untung kalau beli rumah kat area X, terus je diorang beli tanpa study dulu market kat situ. Bila aku tanya kenapa tak buat market study? Diorang cakap "nak study apa?". Kat sini aku dah nampak yang diorang sebenarnya takde atau tak cukup ilmu pelaburan dan ini membawa makna, mereka sebenarnya tidak mempunyai sikap ingin menimba pengetahuan dahulu sebelum melabur. Mereka ini merupakan golongan yang kurang membaca, menyertai kursus tak pun berguru dengan yang telah berjaya. End up, sekali mereka gagal.. mereka terus tarik handbrake untuk terus melabur lagi. Aku tau antara alasan-alasan klise diorang yang tak berminat untuk menambah ilmu ni adalah sebab 'takde masa' (meminjam ayat mem aku), 'banyak lagi kerja lain yang lagi penting' dan 'takde duit nak beli buku/attend courses'. Betul tak? Kat sini aku nak bagitau sikit kat mereka-mereka yang beralasan begini ~ "Kalau nak mengkayakan diri korang sendiri pun korang dah tak nak (dengan cara menambah ilmu dalam diri korang), usah harap la korang akan berjaya dalam hidup sebab tanpa ilmu ibarat awek tanpa balak. Tak payah la berkira sangat tentang duit yang korang nak kena keluar untuk beli buku atau attend courses sebab hasil yang korang akan dapat lepas tu jauh lebih masyuk dari amaun yang korang telah keluarkan" dan aku bercakap ni pun atas pengalaman yang aku alami sendiri.

Tips n Thots : Pelaburan paling menguntungkan ialah pelaburan ke atas diri korang sendiri (pelaburan menambahkan ilmu pengetahuan).

7 ulasan:

  1. memang betul pon... cuba jugak nk sedarkan kawan2 dlm usaha meramaikan bumiputra menjadi pelabur hartanah... tapi jwp paling klise : xde duit, xde masa, malas nk pikir, x minat... so masing2 dah besar... pikiaqla sendiri...

    BalasPadam
  2. Tanpa NamaJulai 26, 2010

    betul tu abangensem..... apa la diorang nie... kalau tak nak attend course beli la buku2 ilmu banyak2.... boleh dapat pelepasan income tax apa.....! tapi yg paling best beli buku nie boleh menerapkan semangat baca buku kat anak2 bila diorang tengok mak bapa diorang yg dah abis skolah still baca buku.... sejuk perut bini aku bila tengok anak 1st yg umur 5thn dah jadi ulat buku....! :-aLCapone-

    BalasPadam
  3. biarkan luncai terjun dengan labu-labunya..

    BalasPadam
  4. mereka lebih ebrminat nak beli hand bag baru/ kasut baru / kereta baru dr beli buku psl property atau attend seminar.
    plg sedih bila mereka kata buat apa nak kaya,...kalau kaya hati tak senang pun buat apa.. tp mereka tak sedar, kalau tak cukup duit, hati akan senang ke?

    BalasPadam
  5. 'psychology of the crowd' yang menghasilkan statistik di mana kurang dari 10% yang akan berjaya.

    BalasPadam
  6. aku best. library sgt dekat

    BalasPadam
  7. we can take the horse to the river but we can't force it to drink. enough said.

    BalasPadam