Ahad, 18 Julai 2010

Mahalnya tapi menguntungkan aku..

Terkejut aku tengok iklan kat hampir semua paper hari ni (17/7/10). Iklan apa? Iklan new apartment kat area rumah aku (Seksyen 7, Shah Alam). Apa yang mengejutkan aku ialah harga apartment tu lebih 200 ringgit mahalnya dari harga rumah 2-storey yang berhadapan dengan apartment tu masa rumah 2-storey tu launch 5 tahun lepas.

Aku tak tau le apa yang hebat sangat sampaikan harganya bagi aku melampau-lampau. Mungkin sebab beralamatkan seksyen 7 yang sekarang ni tengah pesat membangun. Berhampiran dengan pusat pengajian tinggi seperti UiTM dan UniSel ditambahkan lagi dengan i-City, tourist spot yang menjadi kegilaan orang ramai masa kini (aku sendiri pun tak sampai lagi walaupun jaraknya hanya sekangkang kera.. hehe). Itu belum masuk lagi Hospital Shah Alam yang tengah pesat dibina bersebelahan dengan pusat membeli-belah JAKEL yang menawarkan kain-kain pada harga yang orang kata murah?? (mana taknya.. poster besar yang tergantung kat kedai tu tertulis potongan 80%, biar betul?).

Aku rasa atas sebab-sebab kat atas tu le, maka apartment tu dilancarkan pada harga yang sedemikian. Walaupun harganya agak ridiculous tapi sebenarnya ia akan menguntungkan aku jugak secara tak langsung. Camne pulak boleh jadik camtu? Ye la, cuba korang fikir kalau harganya RM245,200.00 (unit paling murah) dan loan yang diberi oleh pihak bank ialah 90%, aku rasa instalmentnya ada la dalam RM1,200.00 (approx.) dan bagi mereka yang membelinya sebagai pelaburan, maka mereka terpaksa sewakan unit tu lebih dari instalment yang perlu mereka bayar kat bank. Itu belum lagi mengambil kira maintenance charges tetiap bulan. Senang cerita mereka terpaksa menyewakan paling tidak pun RM1,500 sebulan. Bila sewa kat area tu dah jadik camtu, maknanya aku pun terpaksa la menaikkan sewa rumah low & medium cost aku kat area tu supaya landlord lain tak marah kat aku sebab bagi sewa murah. Paling tidak pun RM700 untuk low cost dan RM900 untuk medium cost aku. Tak ke menguntungkan aku nanti.. hehe. Anyway, TQ to the developer sebab telah menetapkan harga apartment tu pada harga yang agak tinggi. Oh ye, aku lupa nak gitau apa nama apartment tu.. Kalau korang nak tau korang google la kat internet sebab aku takut kena saman dengan developer projek tu nanti sebab bagi negative opinion kat blog ni.. hihi.

Tips n Thots : Inilah antara tanda-tanda sub-prime crisis yang melanda U.S dulu akan melanda negara kita tak lama lagi. What say you?

16 ulasan:

  1. tak suka tak suka....! kenaikan harga rumah skrg tak seiring dgn gaji penduduk malaysia....ini tidak adil.....!!!! rakyat derita....!

    BalasPadam
  2. Thats d beauty of being in this property line. Harga makin naik walaupun tak munasabah..

    BalasPadam
  3. Ensem,
    ko citer pasal pangsapuri nun di hujung sek 7 tu ke?
    oklah tu.........!
    aku rasa abih disapu dah pon kot by this time....

    BalasPadam
  4. Hazree : Yup.. almost 85% dah sold out. Aku cuma tunggu pembeli-pembeli yang tak mampu bayar je in 5 years time sebelum aku beli.. hehe

    BalasPadam
  5. Just nk kongsi info...nie maklumat drp agen2 hartanah,stdent2,penduduk kg (kg ke hehehhe)...mmg betul sek 7 skrg makin panas....end of this akan membuatkan kaw itu and sekeliling akan tepu or terpadat.............
    so ape akan jd?
    so jgn bg tumpuan sgt kt kaw itu shj sebab kan berlaku lambakan nanti....
    tgk yg kat Krtistal height harga gila2 sebabnya sume dok kumpul situ...just pandangan aku sje...tp bgus jgak mcm kau ckp tuele bro..

    BalasPadam
  6. kpd yg baru nak jinak2 tue,jgn tgk harga rumah tue but tgkkemampuan korang....biarlambat tp berbaloi

    BalasPadam
  7. Tanpa NamaJulai 18, 2010

    rumah teres 2 tingkat yg baru sikit dekat dgn newly launched kristal heights tu ke abg ensem.

    ada owner just sold rm 370k kalau x silap intermediate with some renovation...untung laaaa

    BalasPadam
  8. Tanpa NamaJulai 18, 2010

    banyak org kata kalau nak kumpul harta beli rumah boleh bt property investment, tapi bagi aku kalau takat nak berjinak-jinak dalam dunia pelaburan tak semestinya beli property yg terlalu mahal macam tu.Sekarang ni, dalam unit amanah pun ada peluang untuk kita buat property investment, tak payah nak pikir-pikir pasal bayar installment kat bank, nak cari penyewa la, kalau dah ada penyewa takut rumah plak rosak, dah nak kena keluar modal lagi nak repair. Kalau takat harga apartment la yang sampai mahal macam tu lupakan la, belum tentu ada org nak sewa sampai mahal mcm tu. Bagi aku sesuatu pelaburan yang tak menguntungkan sangat.

    BalasPadam
  9. optimus primeJulai 19, 2010

    Dengan kawasan seksyen 7 yang pesat membangun dan tempat tumpuan pengunjung dari luar ke I-City, kawasan yang penuh dengan cahaya lampu, bagi aku kawasan ni dah tak de privacy utk didiami. Mana taknya dengan jalan sesak hampir setiap malam, deruman enjin motor jangan cakap la, bingit, kadang-kadang aku terpikir dah macam port merempit. Nasib baik la aku tak duduk kat area situ.

    BalasPadam
  10. Tanpa NamaJulai 19, 2010

    kalau kita nak buat property investment belilah property kita rasa-rasa mampu utk di bayar setiap bulan, kemudian senang utk disewakan, maknanya tak de la mahal sangat bagi org yg nak menyewa senang cite sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang ni. Satu lagi kalau kita tak de penyewa baru tak la pening kepala kalau nak bayar bulanan kat bank. Dari pengalaman aku sendiri sekarang ni apartment yang aku ada sekarang bayaran bulanan bawah rm300 setelah aku buat refinance, dan sekarang ni sewa rm550, ha dapat extra lagi setiap bulan, tak yah nak pening-pening. Tapi kalau macam ni memang lambat la nak jadi kaya, secara tak langsung duit extra yang aku dapat setiap bulan dari sewa apartment aku tu, aku buat simpanan berhemah dalam unit amanah secara regular saving. Maka dengan itu duit yang aku dapat tu dia boleh beranak lagi banyak dalam tempoh jangka masa panjang. Aku punya style senang je, biar kita cari duit lepas tu duit tu bekerja pulak utk kita, so masa tua besok kita dah reserve duit utk teruskan hidup......

    BalasPadam
  11. Ensem,

    Quote:

    Aku cuma tunggu pembeli-pembeli yang tak mampu bayar je in 5 years time sebelum aku beli.. hehe

    Unquote.

    aku suka betul ayat2 ko di atas ni dalam komen kau yang lepas. sebijik cam aku pikir... hehehe

    BalasPadam
  12. mohd adinorJulai 19, 2010

    Salam,

    Apartment kos sederhana kristal height(kalau tak salah nama) mmg bersebelahan rumah saya.
    Ikut kata kontraktor yg nk buat jalan ke aparment ni,akan ada apartment lain naik sebelah tu,sebelah tapak masjid tu.

    Harga mahal salah satu sebab ialah dah siap bina br jual.

    Yang bagus apartment ni parking lot sendiri,
    I-city tu mmg jem masa world cup hr tu sbb ada tv skrin besar.

    Apa yg saya nampak projek besar kat situ ialah
    1. Hospital Shah Alam (dpn UiTM)
    2. Apartment Kristal ni.
    3. Plan nak bina apartment sblh aparment kristal
    4. Masjid Seksyen 7
    5. Banglo/Semi D banglo(kat area blkg kedai mamak hakim yg baru)

    Lepas tu seksyen 7 dah habis tanah nak wat rumah.hehe

    BalasPadam
  13. peh respek... undercover economist betul la abng hensem ni :)

    BalasPadam
  14. Tanpa NamaJulai 27, 2010

    bg student la....x kan nak sewa rumah rm1500 sebulan....sy yang sewa rumah kat jln kristal teres double storey...sebelah kristal height...tu pun dh kira mahal rm1300...itupun duduk 13 org.....x kan kristal height nak sewa rm1500 sebulan kot....

    BalasPadam
  15. Tanpa NamaOgos 15, 2010

    ade orang nak jual kat aku apartment low cost tu...kalo skrg ni kristal height tu akan buat rent utk aparement low cost tu naik, bbaloi x beli umah tu sbb td bro cakap nnti jalan jadi jem kn..skrg pon da jem teruk apee

    BalasPadam