Ahad, 1 Ogos 2010

eBook ke 2



Akhirnya yang ditunggu telah muncul. Hampir 2 bulan aku memerah otak memikir dan menyusun ayat semata-mata untuk menjawab persoalan yang banyak ditanya oleh member-member dan pembaca-pembaca aku samada secara lisan mahu pun dalam bentuk e-mail. Semuanya mahukan penjelasan tentang langkah-langkah untuk membeli rumah dan memandangkan kebanyakan dari rumah aku adalah secondhand atau dalam terminologi bank lebih dikenali sebagai subsale property, maka untuk ebook aku kali ini aku menekankan kaedah-kaedah pembelian rumah berbentuk ini.

"Kenapa aku kena beli ebook ni?" soal salah seorang kawan baik aku. Aku hanya tersenyum sambil menjawab "semua orang berkeinginan nak beli rumah dan ramai jugak yang kena kencing (tipu). Jadi, bagi mengelakkan ko dari kena kencing, aku nasihatkan ko beli dan baca dulu ebook aku ni. Sekurang-kurangnya ko akan tau apa nak buat lepas ko decide nak beli sesebuah rumah" dan selain dari langkah-langkah nak beli rumah, aku turut selitkan tips-tips bagaimana nak elakkan loan korang dari kena reject sebab nak apply loan pun kena ada caranya, tak boleh main sondol je dan percayalah setakat ini aku tak jumpa lagi penulis buku yang memberitahu tips ni kat pembaca dia. Kiranya tips aku ni macam fresh from the oven la. Walau apa pun, pilihan terletak pada tangan korang dan aku tak nak memaksa korang untuk membelinya sebab aku tau aku tak sefemes Azizi Ali mahu pun Renesial Leong tapi sekurang-kurangnya aku bercerita melalui pengalaman aku memiliki beberapa bijik rumah.

Berapa harga ebook aku? Aku masih mengekalkan angka RM20 bagi setiap ebook tetapi bagi korang yang membeli secara pakej iaitu 2 ebook sekaligus, aku bagi la harga istimewa iaitu RM35 bagi 2 buah ebook dan buat mereka yang telah membeli ebook pertama aku, nantikan e-mail dari aku tentang harga istimewa korang. Sebarang penempahan, korang boleh klik perkataan ebook yang ada kat entri ini.


My final word to all of u.. Jazaqallahu khairan kathira sebab masih setia membaca blog aku.

3 ulasan:

  1. beli jangan tak beli..... apalah nak dibandingkan 1 ebook Rm20 atau 2 ebooks Rm35 dgn pengalaman mengerikan kena "kencing" beli rumah 2nd hand.............! :-aLCapone-

    BalasPadam
  2. Yay... dah agak dah Abng Ensem msti akan buat diskaun. Saya dah beli dua2 buku sekali.

    BalasPadam